Siakap Keli
Kredit Mohd Fadli Salleh/Facebook

Lembaga Tatatertib KPM Tarik Semula Semua Tuduhan Dikenakan Ke Atas Cikgu Fadli

Lembaga Tatatertib KPM Tarik Semula Semua Tuduhan Dikenakan Ke Atas Cikgu Fadli

Lembaga Tatatertib dilaporkan telah menarik semula semua tuduhan yang dikenakan ke atas Mohd Fadli Salleh susulan sepucuk surat yang tular di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan perkongsiannya dalam “Live” akaun rasmi Facebook Mohd Fadli Salleh pada pukul 9.30 malam tadi, Lembaga Tatatertib telah menarik semula dakwaan ke atasnya. Kesemua tuduhan ke atasnya dinyatakan tidak bersalah dan bebas daripada sebarang tindakan tatatertib.

Beliau telah mendapat tiga pertuduhan oleh Lembaga Tatatertib, dan ketiga-tiga pertuduhan itu telah digugurkan berkuatakuasa saat surat itu diterima pada hari ini bersamaan dengan 18 Oktober 2021.

Surat Pembatalan pertuduhan itu dikatakan telah dihantar melalui Guru Besar sekolah di mana Mohd Fadli Salleh sedang berkhidmat.

Baru-baru ini tular dakwaan seorang warga pendidik, Cikgu Mohd Fadli Saleh yang didakwa berdepan tindakan tataterib kerana mengutarakan isu berkaitan silibus aras tinggi bagi subjek matematik dan beg murid berat.

Susulan itu, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Pkharuddin Ghazali mengatakan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum perkara yang dibangkitkan dan tular di laman media sosial tersebut.

Sumber: BERNAMA Mohd Fadli Salleh/Facebook 

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.