Siakap Keli
Restoran Mewah Hidang Makanan Dalam Kuantiti Sedikit
Gambar: Unsplash

Mahal Tapi Sikit, Ketahui Sebab Kenapa Restoran Mewah Hidang Makanan Dalam Kuantiti Sedikit

Mahal Tapi Sikit, Ketahui Sebab Kenapa Restoran Mewah Hidang Makanan Dalam Kuantiti Sedikit

Sekiranya anda pernah ke restoran mewah, pasti terkejut melihat hidangan yang disajikan sangat cantik dan kemas tetapi saiznya kecil dan sedikit jika dibandingkan dengan makanan di kedai tepi jalan atau gerai.

Di samping itu, harganya pula mungkin agak mahal dan ia tidak berpatutan dengan kuantiti makanan yang diperoleh.

Pasti ramai yang pernah tertanya berkenaan kenapa harga mahal kalau kuantiti dapat sikit?

Namun begitu, terdapat pelbagai sebab menarik mengapa restoran mewah menghidangkan makanan yang sedikit.

7 Sebab Makanan di Restoran Mewah Menghidangkan Makanan yang Sedikit:

  • Penggunaan bahan-bahan yang mahal.

Gambar: Brightside

Hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang mahal dan berkualiti tinggi merupakan suatu perkara yang biasa sekiranya makan di restoran mewah. 1 lb daging wagyu boleh mencecah harga sekitar $200 dan 1 kg kaviar pula berharga kira-kira $10,000.

Bayangkan sekiranya anda memesan kedua-dua sajian ini dan ditambah dengan trufle putih Itali berharga sekitar $7,500 setiap kg. Harga satu hidangan sudah tentu menjadi sangat mahal!

Oleh sebab itu, memandangkan bahan-bahan yang digunakan dalam setiap hidangan adalah berkualiti tinggi dan mungkin juga diimport dari luar negara, pasti mudah untuk difahami mengapa saiz hidangan di restoran mewah lebih kecil.

  • Kuantiti makanan yang sedikit lebih elegan.

Gambar: Brightside

Saiz hidangan yang kecil lebih mudah dihias dan nampak elegan untuk para pelanggan menikmati hidangan tersebut.

  • Dapat merasai semua jenis makanan.

Gambar: Brightside

Pada kebiasaannya, kebanyakan restoran menyajikan 3 hidangan iaitu, pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut. Kadangkala ada juga pelanggan yang memesan hanya hidangan utama sahaja. Di restoran mewah, jumlah hidangan yang disajikan adalah lebih daripada 12 hidangan yang berbeza.

12 hidangan tersebut termasuklah makanan ringan, pembuka selera, sup, salad, ikan, hidangan utama yang pertama, pencuci mulut, hidangan utama yang kedua, keju, pencuci mulut dan minuman atau pastri.

Bayangkan jika anda makan kesemua makanan itu dan dihidangkan dalam kuantiti yang banyak! Oleh sebab itu, kebanyakan restoran mewah mengurangkan kuantiti makanan supaya pelanggan dapat merasai kesemua menu.

  • Setiap hidangan merupakan hasil seni chef.

Gambar: Brightside

Hidangan daripada Perancis yang dipanggil Gargouillou menggunakan sekurang-kurangnya 16 jenis sayur-sayuran yang di masak secara berasingan. Hidangan yang disusun itu merupakan hasil seni dari chef dan pasti akan memukau perhatian pelanggan yang melihat kesenian hidangan tersebut.

Cuba anda bayangkan menyusun dan menghias semua sayur-sayuran di atas pinggan dengan penuh. Ia mungkin tidak akan kelihatan cantik dan elegan seperti di dalam gambar. Oleh itu, chef lebih gemar sekiranya saiz makanan itu dikurangkan.

  • Setiap gigitan akan menjadi diingati rasanya dan tidak akan mudah bosan.

Gambar: Unsplash

Setiap suapan pertama yang dirasai daripada hidangan akan menjadi rasa yang paling sedap. Hal ini kerana selera anda kurang sensitif apabila makan.

Oleh sebab itu, chef lebih menumpukan pada kualiti hidangan dan bukannya kuantiti. Dengan menghidangkan makanan yang sedikit, kita dapat menikmati setiap suapan makanan dengan lebih baik dan tidak akan jemu.

  • Memberi tanggapan hidangan premium dan berkualiti.

Gambar: Brightside

Istilah ‘kurang adalah lebih’ dan ‘ perkara yang baik datang dalam pakej kecil’ sangat sesuai untuk faktor ini.

Oleh itu, tidak hairanlah bahawa mempunyai akses ke tempat dan makanan mewah membawa emosi yang sama, terutamanya apabila hidangan itu mengandungi bahan sedikit yang dianggap berkualiti.

  • Ia luar biasa dan memberi tanggapan pertama.

Gambar: Brightside

Melihat hidangan dengan kuantiti yang sedikit membuatkan kita tertanya-tanya apa sebabnya. Namun, apabila berada di restoran mewah untuk menikmati beberapa makanan pastinya membuatkan kita ingin tahu apakah menu seterusnya yang dihidangkan untuk kita. Tanggapan tersebut amat menarik.

Apakah menu makanan yang sedikit yang pernah anda terima? Adakah ianya berbaloi dengan harganya? Apakah pengalaman anda apabila makan di restoran mewah?

Sumber: Bright Side

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.