Siakap Keli
Karim Benzema Dinobat Pemenang Ballon d'Or 2022
Gambar: FRANCK FIFE/AFP

Penyerang Real Madrid, Karim Benzema Dinobat Pemenang Ballon d’Or 2022

PERANCIS — Penyerang sensasi Real Madrid, Karim Mostofa Benzema, 35, secara rasmi dinobatkan sebagai pemenang anugerah individu bola sepak Ballon d’Or 2022 di Paris pagi tadi.

Memetik laporan AFP, Benzema merupakan penyerang Perancis pertama yang memenangi anugerah individu paling berprestij dalam bola sepak dunia itu selepas Zinedine Zidane pada tahun 1998.

Penyerang berusia 35 tahun itu berjaya menjaringkan 44 gol dalam 46 perlawanan untuk kelabnya musim lalu untuk membantu Real Madrid memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga.

15 gol daripadanya terhasil dalam Liga Juara-Juara sewaktu membenam Paris Saint-Germain dan Chelsea serta Manchester City sebelum mengatasi Liverpool dalam perlawanan akhir.

Bukan sahaja membawa nama kelab, Benzema turut memenangi Liga Negara-Negara UEFA bersama pasukan kebangsaan Perancis.

“Balon d’Or mungkin anugerah individu tetapi ia masih merupakan anugerah kolektif. Ini adalah Ballon d’Or rakyat.

“Trofi ini sememangnya sentiasa berada dalam fikiran saya,” kata penyerang Real Madrid itu.

Tambahnya, dia turut berbangga dengan sepanjang karier bola sepaknya setelah memenangi anugerah itu yang dianggap sebagai kemuncak kerjayanya yang luar biasa.

“Ada waktu yang sukar bagi saya seperti ketika saya tidak bersama pasukan kebangsaan namun saya sangat berbangga dengan perjalanan karier saya,” katanya lagi.

Beliau dikhabarkan bakal kembali bersama kem kebangsaan Perancis untuk persediaan menjelang Piala Dunia pada bulan depan.

Benzema dinobatkan sebagai pemenang anugerah berprestij itu dengan mengetepikan pencabar terdekatnya Sadio Mane dari pasukan Bayern Munich di tempat kedua manakala pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne di tempat ketiga serta penyerang Barcelona, Robert Lewandowski tempat keempat.

Untuk rekod, seramai empat pemain Perancis yang pernah meraih anugerah tersebut seperti Raymond Kopa, Michel Platini, Zinedine Zidane dan Benzema yang menjadi pemain kelima.

Sumber: AFP

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.