Siakap Keli
Perdana Menteri Australia Beri Amaran Air Setinggi 12 Meter
Gambar: CNN/ABC

Semakin Membimbangkan, Perdana Menteri Australia Beri Amaran Air Setinggi 12 Meter Diramal Tenggelamkan Kediaman

Semakin Membimbangkan, Perdana Menteri Australia Beri Amaran Air Setinggi 12 Meter Diramal Tenggelamkan Kediaman

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dalam satu tinjauan ke kawasan banjir di tenggara Victoria memberi amaran bahawa air setinggi 12 meter diramal menenggelamkan ribuan kediaman, lapor CNN.

Dalam lawatan perdana menteri tersebut ke bandar Bendigo dan Rochester menaiki helikopter, mayat seorang lelaki berusia 71 tahun dipercayai ditemui di belakang halaman rumahnya pada Sabtu lalu.

“Menjelang lewat hari ini, lebih 100 anggota Pertahanan Awam Australia (ADF) bakal dikerahkan ke Victoria,” katanya kepada pemberita.

Pihak ADF dalam usaha membantu menyelamat mangsa banjir dan pemulihan serta usaha melindungi daripada paras air yang dijangka meningkat dalam beberapa hari akan datang.

Sementara itu, Perdana Menteri, Victoria, Daniel Andrews berkata sebanyak 355 jalan dilaporkan masih terputus akibat banjir dan kira-kira 6,000 kediaman di sekitar bandar Mooroopna masih terputus bekalan elektrik.

“Terdapat halangan untuk menuju ke sana dengan jumlah dan paras yang tinggi,” kata Andrews.

Selain itu, amaran kecemasan juga berkuatkuasa di sekitar kawasan Shepparton, utara Victoria termasuk amaran “terlalu lambat untuk keluar” kepada penduduk.

Perdana Menteri Australia Beri Amaran Air Banjir Setinggi 12 Meter
Gambar: CNN/ABC

Paras air banjir di kawasan itu dijangka meningkat kepada 12.2 meter dengan lebih 7,000 kediaman bakal ditenggelami air, kata Tim Wiebusch dari Perkhidmatan Kecemasan Negeri Victoria pada Ahad lalu.

Penemuan lelaki berusia 71 tahun itu menjadikan jumlah mangsa terkorban akibat banjir yang melanda tenggara Australia sebanyak dua orang.

Terdahulu, mayat seorang lelaki berusia 46 tahun ditemui dalam kenderaan berhampiran  Bathurst di New South Wales pada 11 Oktober lalu.

Cuaca tidak menentu yang melanda Australia baru-baru ini termasuk hujan disebabkan fenomena La Nina mengakibatkan paras air sungai melimpah dari tebing hingga mengakibatkan orang ramai kehilangan tempat tinggal.

Sumber: CNN

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.