Siakap Keli
kedai mamak Pickup Lines
Gambar: Tiktok

“You’ll Always Be My Best-Teh,” Pekerja Kedai Pakai Baju “Pickup Lines”, Pelanggan Tersenyum & Rasa Nak Singgah

“You’ll Always Be My Best-Teh,” Pekerja Kedai Pakai Baju “Pickup Lines”, Pelanggan Tersenyum & Rasa Nak Singgah

Kedai mamak sememangnya cukup terkenal di Malaysia dan boleh dikatakan kedai ini sentiasa dipenuhi pelanggan, tanpa mengira status, agama dan peringkat umur. Selain makanan yang ditawarkan rata-ratanya unik dan enak, orang ramai suka melepak di kedai mamak kerana perkhidmatannya yang baik.

Baru-baru ini sebuah kedai mamak yang terletak di Ampang Jaya mendapat perhatian netizen tentang kreativitinya dalam menghiburkan pengunjungnya.

Menurusi video yang di kongsi seorang pengguna TikTok vernaeyyoo, dia berkongsi baju yang dipakai oleh kesemua pekerja di situ yang dicetak dengan pickup lines dibelakangnya. Tindakan itu nyata mencuit hati para pelanggan yang berkunjung ke kedai mamak tersebut. Video berkenaan telah meraih 242.9K views, 29.2K likes dan 303 komen di TikTok.

Beberapa pickup lines dan kata-kata yang mencuit hati pelanggan ialah “You’ll always be my Best-Teh”, “Oh Telur…without you, I kosong” dan “Never a dhal moment at Fatimah.”

"You'll always be my Best-Teh, 'Pickup Lines' Buat Pelanggan Tersenyum
vernaeyyoo via TikTok

Ramai yang memuji keunikan pakaian pekerja tersebut kerana menarik perhatian pelanggannya. Mereka berkata, keunikkan yang ditunjukkan itu amat menghiburkan, setidaknya mampu menghilangkan tekanan lepas kerja apabila melepak di mamak buat seketika.

@vernaeyyoo

You’ll always be my best TEH 🥰 I kennot 😭 #fyp #mamak

♬ BIZCOCHITO – ROSALÍA

BACA: Pelakon Harry Potter, Robbie Coltrane Dilapor Meninggal Dunia

BACA: Kini Berada Kira-kira 1,328Km Ke Barat Laut Kudat Di Sabah, MetMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Nesat

BACA: Pemain PJ City FC, Rajes Perumal Meninggal Dunia

Sumber: vernaeyyoo via TikTok

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.