Siakap Keli
Pemain PJ City FC Rajes Perumal Meninggal Dunia
Gambar: Football Association Malaysia

Pemain PJ City FC, Rajes Perumal Meninggal Dunia

Pemain bola sepak Petaling Jaya City (PJ City) Rajes Perumal dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Berita pemergian mendiang dimaklumkan oleh PJ City FC di Facebook rasmi mereka.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Rajes Perumal, yang meninggal dunia awal pagi tadi.

“Hari ini adalah hari yang menyedihkan untuk kami semua di PJ City FC. Dia adalah pemain yang hebat dan mentor kepada semua pemain muda di kelab ini,” kata kelab tersebut.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang Rajes Perumal, pemain PJ City FC yang telah meninggal dunia, awal pagi tadi,” kata FAM.

Menurut FAM lagi, Rajes, 37, sebelum ini turut pernah beraksi bersama beberapa pasukan lain iaitu PKNS FC, Selangor dan Kedah.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sumber: PJ City FC, Football Assoociation Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?