Siakap Keli
zamsaham pemain lengahkan masa
Gambar: Facebook Zamsaham & Journal Malaysia via Google

Tiada Pemain Suka Guling-Guling Lengahkan Masa, Kalau Ada Saya Orang Pertama Tanya – Zamsaham

Pemilik Kelantan Football Club (FC), Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham menjelaskan bahawa tiada pemainnya yang suka lengahkan masa sewaktu perlawanan.

Isu itu timbul selepas dua pemainnya, Felipe Hereda dan Nurshamil Abdul Ghani kelihatan terbaring di padang kira-kira lima minit sebelum perlawanan tamat baru-baru ini.

Kebiasaannya, situasi begitu dilihat seolah-olah pemain sengaja melengahkan masa di hujung babak permainan seperti yang biasa berlaku dalam kebanyakan perlawanan bola sepak.

Bagaimanapun, presiden The Red Warrior (TRW) itu tampil menerusi laman Facebook rasminya, ZAMSAHAM menafikan tanggapan tersebut.

“Tinggal lima minit sebelum perlawanan tamat saya nampak Felipe dan Shamil terbaring.

“Tak lama, lepas dirawat mereka terus bermain hingga habis perlawanan. Takda leceh-leceh. Takda lengah-lengah perlawanan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Tambahnya, Norizam mendapat info bahawa pemainnya, Felipe menggunakan pain killer sebelum memulakan permainan.

Manakala Shamil pula masih berada dalam kecederaan sewaktu perlawanan menentang Johor Darul Takzim II yang berlangsung baru-baru ini.

zamsaham
Gambar: Facebook Zamsaham

Pemain tak lengahkan masa

“Saya respect mereka berdua ni sebab bermain sungguh-sungguh untuk kelab Kelantan FC. Walaupun injured, tapi mereka nak juga bermain,” tambahnya lagi dalam kenyataan itu.

Selepas mengharungi kesemua perlawanan setakat ini, Norizam menjelaskan bahawa tiada pemain yang suka mengambil kesempatan seperti membuang atau lengahkan masa.

“Dah 15 perlawanan setahu saya tiada pemain TRW KELANTAN FC suka-suka guling-guling, baring-baring atau lengah-lengahkan perlawanan.

“Kalau ada, inshaAllah saya orang pertama yang akan tanya kenapa baring-baring,” jelasnya.

Sementara itu, Norizam turut memuat naik tangkap layar (screenshot) yang memaparkan perbualannya bersama barisan jurulatih TRW menerusi aplikasi WhatsApp sebelum ini.

Difahamkan, beliau mendapat tahu punca sebenar Felipe dan Syamil yang terbaring di padang berdasarkan perbualan bersama dua anggota jurulatihnya.

Selain faktor kecederaan, pemain-pemain TRW juga turut berdepan dengan cabaran cuaca panas yang difahamkan sedang melanda Kota Bharu buat masa ini.

Norizam yang sentiasa mengikuti perkembangan kelabnya itu mendoakan semoga pemainnya segera pulih dan cergas dalam menempuh perlawanan berikutnya.

Sumber: Facebook Zamsaham

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?