Siakap Keli
zamsaham dedah kos bayar stadium
Gambar hiasan: Makanbola, TRW FC via Google

“Hampir RM50K Sebulan”, Zamsaham Dedah ‘Resit’ Kos Bayar Stadium Untuk Kelantan FC

“Hampir RM50K Sebulan”, Zamsaham Dedah Resit Kos Bayar Stadium Untuk Kelantan FC

Pemilik pasukan bola sepak Kelantan Football Club (Kelantan FC), Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham, mendedahkan bahawa kos pembayaran kepada Perbadanan Stadium Kelantan mencecah hampir RM50,000 sebulan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi, ZAMSAHAM, beliau menunjukkan kos-kos yang perlu dibayar oleh Kelantan FC pada bulan Julai 2022.

“Berikut adalah bayaran yang dibayar oleh Kelantan FC kepada Perbadanan Stadium Kelantan bagi perlawanan menentang Kuching FC, UiTM FC dan JDT ll.

“Total bulan Julai 2022, bayaran levi adalah sebanyak RM 47,940.21,” jelas Norizam dalam hantaran itu hari ini.

Difahamkan, perlawanan membabitkan Kelantan FC menentang UiTM FC menelan kos perbelanjaan sebanyak RM9,416.88, manakala Kelantan FC menentang Kuching City FC RM 19,860.26  dan terakhir sewaktu berdepan JDT II FC pula sebanyak RM18,663.07.

zamsaham
Gambar : Facebook ZAMSAHAM

Dalam pada itu, jelas Norizam lagi, beliau menjangkakan bayaran levi bagi perlawanan Liga Super tahun hadapan mungkin mencapai nilai jutaan ringgit.

“Hampir RM50,000 sebulan. InsyaAllah tahun depan saya jangkakan Levi sahaja boleh mencecah RM1 juta bila perlawanan di Liga Super,” katanya lagi.

Selain itu menurutnya, pembukaan stadium bukan sahaja memberi kesan ekonomi kepada peniaga-peniaga kecil tetapi juga memberi manfaat kepada kerajaan negeri.

“Apabila stadium dibuka kesan ekonomi bukan sahaja dirasa oleh ramai peniaga kecil di sekeliling stadium, tetapi pada Kerajaan Negeri melalui Stadium Kelantan juga dapat manfaat.

“Makanya di situlah putaran sihat sebuah sistem ekonomi sehingga cukai tahunan,” maklum Norizam.

Sementara itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir kerana memberikan semangat untuk pasukan.

“Terima kasih pada semua peminat yang hadir. Jangan lupa jumpa pemain-pemain Kelantan pada perlawanan lawan Perak FC nanti.

“InsyaAllah kita mahu team TRW menang! Kehadiran anda semua bermakna untuk semangat team,” katanya lagi.

zamsaham
Gambar: Facebook ZAMSAHAM

Sumber: Facebook ZAMSAHAM

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?