Siakap Keli
Sebak & Terharu

Sebak & Terharu, Viral Ayah Gigih Main Layang-layang Hiburkan Anak Terbaring Sakit Buat Netizen Tersentuh

Sebak & Terharu, Viral Ayah Gigih Main Layang-layang Hiburkan Anak Terbaring Sakit Buat Netizen Tersentuh

Dianugerahkan cahaya mata adalah sebuah kebahagian yang tidak ternilai kepada pasangan kekasih yang sudah berumah tangga. Anak merupakan salah satu pelengkap mahligai yang dibina dan juga penguat cinta antara satu sama lain. 

Namun, ketika melihat si anak berada dalam keadaan tidak bermaya dan sakit, saat itulah perasaan risau, berat mula menyinggah di hati setiap ibu bapa. Apa tidaknya, ibu bapa mana yang sanggup melihat anak mereka berada dalam keadaan sakit dan tidak bermaya. 

Begitulah kisah dari sebuah video yang tular baru-baru ini memperlihatkan susuk seorang ayah yang cuba menghiburkan hati anaknya yang sedang sakit. Menerusi video, seorang ayah dilihat bermain di ruangan menunggu supaya anaknya gembira. 

Dalam video tersebut juga, dilihat si ayah tersebut bermain dengan layang-layang dan melakukan gaya yang lucu dengan harapan dapat menghilangkan sejenak sakit yang anaknya sedang alami. 

Video tang dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram milik @suarasemangat, si ayah dilihat bermain layang-layang tersebut di satu ruangan menunggu dipercayai sebuah hospital. 

Di kerusi menunggu pula, kelihatan seorang anak yang terbaring lesu dengan cecair IV ditemani oleh si ibu yang sedang duduk bersebelahan. Jelas terlihat juga si anak tersebut melemparkan selebar senyuman melihat gelagat ayahnya yang berusaha sehabis baik untuk melihat anaknya bahagia. 

Sebagai penutup bicara, menjadi seorang ibu dan ayah merupakan tanggungjawab yang sangat berat, dianugerahkan insan yang bergelar anak merupakan hal yang terindah buat mereka.

Seperti kisah ini, walaupun terlihat kecil, ia merupakan satu gambaran bahawa setiap ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka gembira dan bahagia. Jika boleh, sakit yang menimpa anak-anak, biar mereka yang tanggung semuanya. Jadi, selagi mereka masih ada, hargailah.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Merdeka

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.