Siakap Keli
dr amalina kini bergelar ibu
Gambar: Instagram

Selamat Lahirkan Puteri Sulung, Dr. Amalina Kini Bergelar Ibu

Doktor bedah kelahiran Malaysia yang merantau di Eropah, Dr Nur Amalina Che Bakri kini secara rasminya sudah bergelar ibu setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan minggu lalu.

Beliau berkongsi detik indah itu di laman Instagram miliknya hari ini beserta tiga keping gambar bersama zuriat sulungnya tersebut.

“Kami memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia yang selamat dilahirkan di Hospital St. Thomas, England minggu lalu.

“Kami mengaguminya dan menghargai setiap saat bersama dengan kehadiran si kecil yang memberi kegembiraan tak terhingga kepada kami.

“Malah, kami juga berasa teruja untuk melalui hari-hari yang akan mendatang. Alhamdulillah,” kongsinya di laman Instagram hari ini.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)

Sebelum ini, Dr Nur Amalina turut menjadi tumpuan media apabila memilih status kerakyatan British untuk anak pertamanya.

Bukan kerana tidak mahu memberikan anak perempuannya kewarganegaraan Malaysia, namun kerana kesukaran yang dihadapi menghalangnya untuk melahirkan anaknya di tanah air.

Imbas kembali, Dr Nur Amalina berkahwin dengan warga Inggeris, Alexander Charles, dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pasa 31 Mac tahun lalu.

Terdahulu, beliau pernah menjadi ‘watak utama’ dalam misi pembedahan seorang kanak-kanak istimewa, Adik Nur Mardhiah yang mengalami ketumbuhan pada wajah kira-kira dua tahun lalu.

Sumber: Instagram dramalinabakri

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.