Siakap Keli
Gambar: Mirror

Tak Sempat Sampai Hospital, Wanita Berdepan Detik Cemas Terpaksa Beranak Dalam Lif

Tak Sempat Sampai Hospital, Wanita Berdepan Detik Cemas Terpaksa Beranak Dalam Lif

Seorang wanita terpaksa melalui detik cemas melahirkan bayinya di dalam sebuah lif ketika dalam perjalanan ke hospital, lapor laman berita Mirror UK.

Wanita yang bernama Deborah Bittar itu sempat menghubungi suaminya, Dr Danilo Almieda selepas merasakan tanda-tanda untuk melahirkan bayi kedua mereka.

Dr Danilo terus bergegas pulang ke rumah selepas mendapat panggil kecemasan daripada isterinya itu.

Pasangan tersebut kemudian memasuki lif dengan tergesa-gesa untuk menuju ke hospital.

Menurut Daily Star, Deborah tidak dapat menahan kesakitan kontraksi dan dengan pantas melahirkan bayi tersebut di sisi suaminya semasa di dalam lif tersebut.

Bayi perempuan yang dinamakan sebagai Julia berjaya dilahirkan dengan selamat dalam keadaan cemas tersebut.

Dr Danilo ialah merupakan seorang pakar obsertrik, pakar dalam menyambut kelahiran bayi dan menyediakan rawatan perubatan kepada wanita semasa hamil. Jadi dia telah bersedia untuk menyambut kelahiran tersebut.

Namun begitu, dia juga agak terkejut berikutan proses kelahiran yang berlaku dengan pantas itu.

Dia kemudian berkongsi rakaman dari kamera keselamatan di bangunan itu ke dalam akaun Instagramnya.

Dalam rakaman itu, Deborah yang merupakan pakar pemakanan dilihat berdiri di tepi pintu lif. Deborah juga kelihatan memegang perutnya semasa sedang alami kontraksi dan bercangkung kerana dia dapat merasakan yang dia bakal melahirkan bayi itu pada bila-bila masa.

Dia kemudian meletakkan lengannya di pintu lif bagi menghalang daripada pintu lif tertutup.

“Semuanya sangat pantas dan luar biasa. Saya pulang ke rumah dan melihat bahawa dia sudah mempunyai bukaan lapan sentimeter. Kami mula bergerak ke hospital, tetapi bayi kami memutuskan untuk dilahirkan di dalam lif tersebut,” kata Dr Danilo kepada portal berita Brazil.

Kredit DrDaniloAlmeida/Instagram

Doktor yang telah menyambut kelahiran lebih daripada 5,000 bayi semasa kerjayanya itu dilihat meletakkan beg Deborah ke lantai. Dia kemudian menyerahkan Julia kepada Deborah sebelum dia bertindak memotong tali pusat bayi tersebut.

Kredit DrDaniloAlmeida/Instagram

Tidak lama selepas itu, Deborah dilihat berjalan dan menyusuri lorong tersebut sambil membawa bayinya yang baru lahir itu.

Sumber: Mirror UK

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.