Pada Januari lalu, eksekutif Google memilih “green bubble bullying” melalui iMessage. Namun pada hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg turut mempunyai peluang untuk bercakap mengenai Apple iaitu berkaitan iMessage.
Dalam perkongsian melalui laman Instragram baru-baru ini Mark Zuckerberg berkata aplikasi WhatsApp bersifat jauh lebih peribadi dan selamat berbanding iMessage.
“WhatsApp mempunyai end-to end encryption berfungsi untuk kedua-dua jenis telefon iaitu iPhone dan Android. Perkara itu termasuklah group chat, end-to-end encrypted backups dan pemadaman mesej.
“Semua ciri ini tidak terdapat pada iMessage,” katanya.

Difahamkan, imej dalam hantaran tersebut ialah gambar iklan di Penn Station yang merupakan sebahagian daripada kempen pemasaran sejak Januari lalu hingga sekarang yang sedang diperkembangkan.
Ketua WhatsApp di Meta, Will Cathcart melalui laman Twitternya berkata, idea asalnya adalah bertujuan untuk memberitahu orang ramai tentang kepentingan end-to-end encryption, di samping proses untuk menambah pengguna WhatsApp.
“5.5 bilion pesanan SMS masih tetap dihantar setiap hari di US, tapi pesanan SMS itu tidaklah (begitu) selamat. Sesetengah orang masih gunakan SMS sebab ia datang secara pra-dipasang pada fon dan ramai yang gunakannya sebab itu cara iMessage berfungsi.
“Kalau anda ada iPhone, anda mungkin tahu bila teks anda bertukar warna kepada biru. Itu bermakna mesej anda dihantar menerusi SMS. Ini mengurangkan privasi dan ia berlaku tanpa amaran atau anda perasan. WhatsApp jauh lebih privasi untuk banyak perkara.
“Dalam WhatsApp, end-to-end encryption adalah secara automatik dan ia berfungsi ketika anda atau kawan-kawan anda guna iPhone atau Android, termasuklah kumpulan chat (group), jadi anda boleh kira mesej-mesej itu serta panggilan lebih selamat dihubungkan kepada orang yang anda hubungi,” katanya.
Dalam pada itu, tambah Cathart, WhatsApp juga lebih privasi dalam memaparkan mesej yang bersambung, mesej-mesej media yang boleh dilihat hanya sekali, serta kemampuan menetapkan semua chat baharu secara automatik dengan satu butang.
Jelasnya, semua ciri privasi ini tidak terdapat pada iMessage.
“Dan akhir tahun lepas kami perkenalkan end-to-end encryption sebagai simpanan (backup), jadi anda boleh pilih untuk sulitkan (encrypt) mesej WhatsApp yang anda simpan ke iCloud tanpa bimbang tentang pengaksesan Apple.
“Apple (sebaliknya) tidak menawarkan end-to-end simpanan untuk SMS atau iMessage.
“WhatsApp sedang berkembang di US dan kami gembira untuk melihat orang ramai memuat turun WhatsApp dan menggunakannya untuk menikmati pengalaman serta manfaat yang menambahkan nilai keselamatan dan privasi,” tambahnya.
We’re expanding the marketing campaign we started back in January to tell people in the U.S. about the importance of end-to-end encryption. 5.5 billion SMS messages are still sent daily in the U.S., but SMS messages aren’t secure. pic.twitter.com/c0P8FW37Rw
— Will Cathcart (@wcathcart) October 17, 2022
Sumber: GSMArena