“Bukan Tiada Jodoh Tapi Belum Ada Jodoh,” Ini Pesan Istimewa Dr Fadzilah Kamsah Buat Yang Masih Bujang
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita sudah mengetahui terdapat tiga perkara yang dirahsiakan oleh Yang Maha Esa iaitu ajal (kematian), rezeki, dan juga jodoh.
Berdasarkan tiga perkara di atas tiada manusia yang mengetahui bilakah perkara tersebut bakal terjadi kepada diri mereka.
Bercakap mengenai jodoh, ia boleh ditakrifkan sebagai pasangan hidup yang bakal menemani kita di sisi sepanjang ‘meniti’ perjalanan di dunia ini.
Bagaimanapun, seiring waktu, isu ini semakin diperdebatkan dalam kalangan masyarakat lebih-lebih lagi bagi mereka yang berstatus ‘bujang’ ekoran masih belum mendirikan rumah tangga atau mempunyai calon.
Lambat atau cepat, kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan jangan menilai seorang dari segi penampilan. Perkara ini turut ditekankan oleh pakar motivasi tersohor tanah air, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah di media sosial Facebook.
Oleh itu, mari kita ikuti ilmu yang dititipkan oleh beliau di bawah. Semoga bermanfaat.
Jangan Cop Orang “Single” Takda Jodoh, Ini Titip Dr. Fadzilah Kamsah
Hari ini, jangan kita cop orang yang masih single ini adalah mereka yang takda jodoh.
Mereka bukan tiada jodoh tetapi belum ada jodoh.
Jodoh inikan semuanya dalam rahsia Allah SWT. Kita tidak berhak untuk menghukum atau berprasangka atau kehidupan orang lain.
Zaman hari ini, jika kita masih sibuk dengan melihat hidup orang lain, itu maknanya hidup kita sudah takda erti lagi.
Kita lihat dia masih sendiri, hidup dalam kesunyiaan, walhal sebenarnya, orang itu ada fokus dan tanggungjawabnya.
Mungkin dia belum berfikir untuk kahwin sebab fokus kerjaya dan memikir masa hadapan yang lebih cerah.
Setiap orang ada matlamat hidup berbeza-beza, namun hujungnya semua nak bahagia.
Dia bahagia dengan cara dia.
Kita bahagia dengan cara kita.
Kan harmoni begitu.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Jauh di dasar hati kita, kita mungkin peduli pada kawan-kawan kita. Kita risau hidup mereka. Itu hal bagus. Cumanya janganlah terlalu berlebihan.
Jangan terlalu sibuk memikir apa yang dia rasa sehingga sedar tak sedar kita jadi orang yang menghukum dan nak mereka ikut cara kita.
Bersederhana dalam bersahabat. Jika sayang dan peduli pada sahabat yang masih belum berpunya, doakan sahaja mereka supaya bertemu jodoh tepat pada masanya.
Doakan kebahagiaan mereka itu lebih besar hari demi hari.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Jodoh akan sampai bukan ikut umur kita tetapi ikut masa yang telah Allah tetapkan.