Siakap Keli
Tinggal Dua Bulan Lagi
Gambar: jofreepik

Tinggal Dua Bulan Lagi, Dr. Fadzilah Kamsah Pesan Kena Buat 5 Benda Ni Sebelum Masuk Tahun Baharu

Tinggal Dua Bulan Lagi, Dr. Fadzilah Kamsah Pesan Kena Buat 5 Benda Ni Sebelum Masuk Tahun Baharu

Pejam celik, pejam celik kita sudah berada pada bulan Oktober, begitu cepat waktu berlalu pergi.

Sudah tentu pelbagai kejayaan, cabaran dan pahit manis yang telah ditempuhi sepanjang tahun ini. Setiap perjalanan yang dilalui mengajar dan mendidik diri agar menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Kebiasaannya, sebelum tahun semasa melabuhkan tirainya, setiap orang pasti memasang niat dan azam baharu menjelang tahun hadapan bagi memperbaiki diri menjadi versi yang lebih baik.

Berbaki dua bulan sahaja lagi, apakah azam baharu anda untuk menyambut tahun 2023 kelak?

Bercakap mengenainya, penceramah motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menitipkan beberapa pesanan yang boleh kita teladani bagi menjalani ‘kehidupan baru 2023’.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti nukilan beliau yang penuh bermanfaat di bawah ini.

2022 bakal melabuhkan tirai lagi 2 bulan. Lakukan semua pesan Tok Abah ini selama 60 hari. Dan kamu akan jadi orang baru di tahun hadapan:

1. Urus masa kamu

Bangun awal. Pastikan ada Senarai To-Do setiap hari selain setkan duedate untuk setiap tugasan dan ikut rapat jadual yang kamu sudah buat.

2. Fokus satu perkara

Semua orang memang nakkan hasil, tetapi sukar untuk hayati dan lalui proses. Terutama untuk fokus.

Benar kamu boleh multi-tasking, contohnya buat 5 perkara dan perlukan 20% untuk setiap tugasan.

Ubah kepada 1 perkara, dan fokus 100%.

3. Terus buat perubahan kecil tetapi berterusan

Mulakan baca buku 1 muka surat sehari, mula menulis satu perenggan sehari dan mula bersenam setiap pagi. 

Kuncinya adalah ‘mula hari ini’. Jangan bertangguh lagi ya, anak-anak.

4. Fokus positiviti

Tanya pada diri sendiri, apa yang kamu boleh kawal. Apa yang boleh kamu ubah dan tambah baik.

Setiap kali hadapi masalah, jangan mengeluh dan menangisi sepanjang hari, tetapi jadikan ia peluang untuk iktihar dan dapatkan solusi.

5. Bina kenalan yang level tinggi

Pastikan kamu ada kawan-kawan atau kenalan yang sentiasa bercakap tentang idea, matlamat, solusi dan ilmu pengetahuan.

Bukan membawang seharian.

Anak cucu dan semua sahabat Tok Abah,

Apa yang berlaku di sekeliling kita, kita tak boleh kawal dan ubah. Nak bubar, nak bina semula, nak susun semula apa yang berlaku di luar, kita tak boleh kawal.

Daripada kita buang masa untuk melepaskan geram, marah dan sedih, gunakan 2 bulan ini untuk atur semula hidup, agar ia jadi lebih bermakna dan memberi sinar baharu di tahun 2023 nanti.

Dengar kata, tahun depan suasana makin berat, jadi adakah kita nak biar ia makin berat dan melarat, atau kita cari cara untuk ‘ringan’kannya.

Sama-sama kita fikirkan.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,

Pilih dan undilah kehidupan kamu dahulu. Susun dan bina baik-baik untuk kesejahteraan kamu dan keluarga.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

BACA: Mungkin Anak Sendiri Pernah Terkena, Ini 5 Jenis Buli Di Sekolah Termasuklah Jegil Mata

BACA JUGA: Berdepan Inflasi, Ramai Berjimat Buat Dua Tiga Kerja Sehari Nak Bagi Keluarga “Happy”

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?