Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bunuh Adik Guna Tukul, Lelaki Dakwa Sedang Berhalusinasi
Seorang lelaki di Sydney membalut mayat adiknya dengan selimut selepas membunuhnya dengan kejam dan ganas menggunakan tukul susulan kesan dadah yang diambil pada dua tahun lalu.
Hakim Peter Garling memerintahkan suspek dipenjara selama 21 tahun kerana membunuh adiknya yang berusia 20 tahun di rumah mereka di barat Sydney pada 3 Jun lalu.
“Pembunuh itu disebabkan oleh serangan yang ganas dan kejam tanpa sebab terhadap adiknya di rumah mereka sendiri.
“Ia menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan badan,” kata hakim itu memetik Daily Mail.
Difahamkan selepas pembunuhan berlaku, lelaki berusia 33 tahun itu membalut mayat adiknya dengan selimut dan meletakannya di atas katil dan kemudian meletakkan objek lain di atasnya.
Tertuduh kemudian menghabiskan empat hari di tempat berlainan dengan menghisap ganja dan ais sebelum memeriksa dirinya di Hospital Cumberland untuk mendapatkan rawatan kesihatan mental.
Hakim Garling mendapati pembunuhan itu tidak mempunyai alasan yang kukuh dan mengatakan kesihatan mental tidak memainkan peranan dalam tragedi tersebut, sebaliknya penggunaan bahan harus dipersalahkan.
“Saya mendapati bahawa pada masa pertuduhan dibacakan, tertuduh jelas menunjukkan kesan penyalahgunaan bahan terlarang iaitu ganja atau methamphetamine atau kedua-duanya,” katanya.
Hakim itu turut menolak dakwaan bahawa dia berhalusinasi semasa melakukan serangan tersebut dan menyangka dia sedang memukul syaitan yang sedang berjalan melalui perabot dan dinding.
Sebaliknya, tertuduh bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukan dan hakim turut mengatakan dia telah cuba untuk menyembunyikan mayat, berpindah di banyak lokasi selepas pembunuhan dan berbohong kepada ahli keluarganya mengenai keberadaan adiknya.
Tertuduh dilaporkan menjalani kehidupan sepanjang membesar dengan teruk, terlibat penggunaan dadah dan alkohol serta didiagnos dengan penyakit skizofrenia dan penyalahgunaan bahan dadah ketika dewasa.
Hukuman itu termasuk dengan tempoh tanpa parol selama 15 tahun dan sembilan bulan yang telah dikurangkan oleh hakim ekoran tertuduh membuat pengakuan bersalah pada awal pertuduhan mengenai pembunuhan tersebut.
Tertuduh akan layak mendapat parol pada 8 Mac 2036.
Sumber: Daily Mail