Siakap Keli
Perdana Menteri UK Umum Letak Jawatan
Kredit The Telegraph UK

Selepas 45 Hari Berkhidmat, Perdana Menteri UK Umum Letak Jawatan

Selepas 45 Hari Berkhidmat, Perdana Menteri UK Umum Letak Jawatan

Perdana Menteri UK, Liz Truss telah mengumumkan perletakan jawatannya selepas mendapat tentangan daripada kepimpinan Tory yang akan dimuktamadkan dalam minggu hadapan, lapor The Telegraph.

Menurut Mothership, beliau mengumumkan perletakan jawatannya itu selepas hanya 45 hari memegang jawatan tersebut.

Jelasnya, beliau menyedari bahawa dirinya tidak dapat menyampaikan mandat yang diberi kepadanya selepas dia dipilih oleh Parti Konservatif dalam pemilihan sebelum ini.

“Oleh itu, saya telah bercakap dengan Raja Charles III dan memberitahunya bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya sebagai ketua Parti Konservatif.

“Pagi ini saya bertemu pengerusi Jawatankuasa 1922, Sir Graham Braddy. Kami telah bersetuju bahawa pemilihan kepimpinan baharu akan diadakan minggu hadapan.

“Ini akan memastikan kita kekal di landasan untuk menyampaikan rancangan fiskal kita dan mengekalkan kestabilan ekonomi negara kita. Saya akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pengganti baharu dipilih,” ujar Truss.

Ekoran daripada itu, Liz Truss bakal menjadi Perdana Menteri UK pertama yang memegang gelaran itu dalam tempoh yang paling singkat.

Terdahulu rekod itu dipegang oleh negarawan Tory George Canning yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri dalam tempoh 118 hari pada tahun 1987, sebelum dia meninggal dunia kerana masalah kesihatan.

Sumber: The Telegraph, Mothership

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.