Siakap Keli
Suami Isteri Maut Dilanggar Anak Berusia 15 Tahun
Gambar: KOMPAS.COM/Ahmad Riyadi

Terpijak Pedal Minyak, Suami Isteri Dilapor Maut Dilanggar Anak Sendiri

Terpijak Pedal Minyak, Suami Isteri Dilapor Maut Dilanggar Anak Sendiri

Sepasang suami isteri dilapor maut selepas dilanggar oleh anak sendiri yang berusia 15 tahun di Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia pada Isnin lalu.

Menurut laman berita Kompas.com, kedua-dua mangsa menaiki motosikal jenis Honda Vario sebelum dilanggar oleh kereta jenis Toyota jenis Innova yang dipandu anak mereka.

Ketua Polis Balikpapan, Kompol Ropiyani berkata mangsa bersama isterinya datang dari arah Bandara Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan bersama anaknya.

“Ketika tiba di kawasan PT Schumberger, Batakan motor yang dibawa oleh pasangan terbabit dipercayai mengurangkan kelajuan sebelum anaknya yang memandu di bahagian belakang disyaki panik,” katanya.

Dipercayai anak mangsa tersalah pijak pedal minyak sebelum memecut laju dan melanggar motosikal mangsa, maklum Ropiyani.

Susulan kejadian, pasangan tersebut tercampak sebelum digilis kereta yang dipandu anak mereka. Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Jenazah pasangan suami isteri terbabit dikebumikan pada Selasa lalu manakala kes itu masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Sumber: Kompas.com

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.