Siakap Keli
Pemegang Tiket Piala Dunia Qatar
Gambar: Sketchfab, Babji Travels International

Arab Saudi Benarkan Pemegang Tiket Piala Dunia Qatar Tunai Umrah Tanpa Bayar Visa Selama Setahun

Arab Saudi Benarkan Pemegang Tiket Piala Dunia Qatar Tunai Umrah Tanpa Bayar Visa Selama Setahun

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan bahawa mana-mana pemegang tiket Piala Dunia Qatar yang beragama Islam dibenarkan menunaikan ibadah umrah tanpa perlu membayar visa, lapor Middle East Eye.

Mereka yang mempunyai kad Hayya, dokumen yang diberikan kepada peminat bola sepak di Piala Dunia Qatar tidak perlu membayar untuk sepanjang tahun bagi menunaikan ibadah umrah sepanjang tahun di kota suci Mekah.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Visa di Kementerian Luar Arab Saudi Khaled al-Shammari turut mengumumkan bahawa pemegang kad Hayya boleh tinggal di Arab Saudi sehingga dua bulan, berakhir pada bulan 11 Januari tahun depan.

“Visa adalah percuma tetapi insurans perubatan mesti diperoleh daripada platform visa,” kata Shammari kepada Ekhbariya TV.

Tambah beliau lagi, pemegang kad tersebut juga boleh keluar dan masuk dari Arab Saudi beberapa kali dalam tempoh dua bulan tanpa perlu memasuki Qatar terlebih dahulu.

Kredit AFP

Selain negara tuan rumah, mereka yang hadir ke Piala Dunia Qatar 2022 yang bermula 20 November ini juga dilaporkan dibenarkan menginap ke negara jiran Arab Saudi seperti Kuwait, Oman dan Emiriah Arab Bersatu.

Sepanjang Piala Dunia berlangsung, dilaporkan bahawa terdapat pengangkutan harian sebanyak 160 perkhidmatan penerbangan ulang alik dari bandar ke bandar di seluruh rantau Teluk hingga ke Doha disediakan.

UAE juga dilaporkan menawarkan kemasukan berbilang visa dari seluruh dunia dengan bayaran RM 128 kepada mereka yang mempunyai tiket untuk perlawanan Piala Dunia itu.

Sumber: Middle East Eye

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.