Siakap Keli
Kredit: Thaiger

“Dia Seorang Wanita Yang Jujur…” Remaja 19 Tahun Bertunang Dengan Nenek 56 Tahun

Seorang remaja 19 tahun tidak teragak-agak untuk menjalinkan hubungan cinta bersama pasangan lebih tua apabila dia tekad bertunang dengan seorang nenek 37 tahun lebih tua daripadanya.

Menurut laporan Mirror, remaja berkenaan, Wuthicai Chantaraj, 19, dikatakan bertemu dengan kekasihnya, Janla Namuangrak, 56, ketika dia baru berusia 10 tahun dahulu.

Difahamkan, perkenalan mereka berdua bermula apabila Janla meminta bantuan Wuthicai untuk membersihkan rumahnya pada suatu hari.

Namun siapa sangka, kedua-dua mereka mula menjalinkan hubungan dan kini telah bersama selama dua tahun walaupun angka 37 tahun menjadi pemisah usia antara mereka.

“Inilah kali pertama dalam hidup saya ingin memastikan seseorang hidup dengan selesa. Janla ialah seorang wanita yang rajin dan jujur.

“Saya tersentuh apabila melihat keadaan rumahnya malah saya selalu memikirkan cara untuk membantunya. Saya amat mengaguminya,” katanya.

Kredit: Thaiger

Difahamkan, Janla sudah menjadi janda selama 20 tahun selepas diceraikan suami dan mempunyai tiga orang anak yang masing-masing berusia 30-an.

Bagaimanapun tidak dinafikan, kehadiran pasangan remaja seperti Wuthicai telah membuatkannya berasa muda semula.

“Wuthichai seperti superhero kepada saya. Dia membantu saya setiap hari. Apabila dia semakin membesar, kami mempunyai perasaan antara satu sama lain.

“Saya terkejut sebab saya mengenali dia sejak kecil lagi,” tambah Janla.

Pasangan itu memberitahu rakan dan keluarga masing-masing tentang hala tuju hubungan mereka pada awal tahun ini.

Malah ada pihak yang merasakan perkara itu ‘gila’, ketika mereka berkongsi tentang status hubungan yang dibina bersama.

“Dia membuatkan saya berasa muda semula dan kami telah kekal bersama. Kami gembira dan bakal berkahwin,” kongsi Janla.

Sumber: Thaiger

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.