Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Disangka 30 Tahun Lebih Muda, Nenek 81 Tahun Cantik Berseri Tak Berkedut, Dedah Selalu Pakai ‘Sunscreen’

Sofea

Tidak dimamah usia, seorang nenek di Indonesia tular kerana mempunyai wajah yang cantik berseri tanpa kedutan yang banyak walaupun sudah meniti usia tua.

Kecantikannya itu menjadi tular setelah videonya dikongsikan oleh cucunya di TikTok, lapor Suara.com.

Berkongsikan rahsianya, nenek itu mengatakan bahawa dia menggunakan pelindung matahari (sunscreen) sejak usia muda. Justeru, tidak hairanlah wajahnya kelihatan sangat berseri dan awet muda.

Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah menjalani pembedahan plastik atau implan benang.

Melihat wajahnya itu, ramai netizen yang berpendapat bahawa nenek itu berusia sekitar 50 tahun. Bagaimanapun, cucunya mengatakan bahawa neneknya sudah menjangkau usia 81 tahun.

“Jadi gunakanlah produk pelindung matahari,” katanya.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton sebanyak 2.3 juta kali dan dibanjiri dengan ribuan komen.

Tidak hanya memuji, ramai yang turut terinspirasi untuk rajin memakai pelindung matahari agar wajah kelihatan awet muda.

Sumber: Suara.com