Siakap Keli
Motor Abang "Rider" Ni Patah Dua
Gambar: Dream

Dipercayai Akibat Bawa Parcel Terlalu Banyak, Motor Abang “Rider” Ni Patah Dua

Dipercayai Akibat Bawa Parcel Terlalu Banyak, Motor Abang “Rider” Ni Patah Dua

Jasa penghantar kurier barangan ini amat bermakna untuk mereka yang gemar membeli barang secara dalam talian. Para pembeli boleh membuat pembelian online hanya di hujung jari sahaja.

Namun begitu, masih ramai pembeli yang tidak menyedari pengorbanan seorang kurier ketika menghantar bungkusan.

Terdapat pelbagai kejadian yang tidak diingini sering berlaku kepada penghantar kurier ketika membuat penghantaran.

Sebagai contoh, membawa bungkusan dalam kuantiti yang banyak.

Baru-baru ini, motosikal yang ditunggang oleh seorang penghantar kurier didakwa telah terputus dua akibat terlalu banyak membawa bungkusan barang.

Video yang memaparkan kejadian ini telah tular di media sosial pada Rabu lepas, lapor Dream.

Gambar: TikTok jabon.id

Video tersebut bermula apabila penghantar kurier itu menghubungi rakannya untuk membantu beliau.

Menurut rakannya, beliau bergegas menuju ke tempat kejadian selepas dimaklumkan bahawa motornya mengalami masalah semasa menghantar bungkusan kepada pelanggan.

“Dia panggil dan suruh saya datang untuk menolongnya, motornya bermasalah katanya,” tulis keterangan dalam video yang dirakam oleh rakan penghantar kurier itu.

Setibanya di lokasi kejadian, dia agak terkejut melihat keadaan motosikal Honda Beat milik rakannya itu telah ‘terputus’ dua.

Penghantar kurier itu pula dilihat sedang sibuk memindahkan bungkusan dari motosikal.

“Selepas sampai di tempat kejadian, saya mendapati motosikal itu patah kepada dua bahagian,” kata rakannya.

“Perlu mencari tukang urut untuk pulihkan semula haha,” gurau rakannya.

Gambar: TikTok jabon.id

Kemudian, penghantar kurier dan rakannya membawa motosikal ke bengkel untuk dibaiki.

Walau bagaimanapun, motosikal milik penghantar kurier tersebut terpaksa ditinggalkan selama tiga hari memandangkan kerosakannya agak teruk.

Gambar: TikTok jabon.id

Selepas keluar dari bengkel motor, motosikal tersebut telah berjaya dibaiki seperti sedia kala.

Malah, penghantar kurier menggunakannya kembali untuk melakukan penghantaran bungkusan kepada pelanggan.

“Akhirnya, selepas tiga hari di bengkel, motosikalnya sudah sembuh. Semoga tidak ada apa-apa kerosakan lagi selepas ini,” kata perakam video berkenaan.

Memetik laporan Dream, punca bagaimana motosikal itu patah kepada dua bahagian masih lagi tidak diketahui.

Katanya, ia berkemungkinan disebabkan oleh membawa bungkusan yang terlalu banyak dan berat.

Gambar: TikTok jabon.id

Sementara itu, video insiden yang telah tular di media sosial ini menerima banyak komen yang positif daripada warganet.

“Semoga motor itu akan diganti, Ya Allah, Ya Robbi,” komen warganet.

“Kasihan ya, selalunya saya dengar penghantar kurier yang menghantar banyak bungkusan ini, lebih banyak pendapatannya.”

“Semoga Allah melimpahkan rezeki yang luas kepada penghantar kurier untuk menggantikan motosikalnya supaya dia boleh bekerja mencari rezeki untuk isteri dan anak-anaknya.”

“Semoga kuat demi keluarga. Jaga kesihatan ya, ini semua ujian untuk kamu. Semoga ada rezeki yang lebih baik,” komen-komen dari warganet.

Sumber: Dream

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.