Walaupun tempoh pemerintahannya terlalu singkat, dalam lingkungan enam bulan sahaja, bekas Perdana Menteri United Kingdom, Liz Truss masih layak untuk mendapat elaun tahunan sebanyak £115,000 (sekitar RM 610,277) yang dikhususkan untuk mantan Perdana Menteri.
Menurut kerajaan UK, Elaun Kos Tugas Awam (Public Duty Costs Allowance, PDCA) akan diberikan kepada semua bekas Perdana Menteri.
Difahamkan bahawa elaun tahunan tersebut adalah bertujuan untuk membayar balik perbelanjaan yang dibelanjakan semasa memenuhi tugas awam dalam jawatan itu.
Bagi melayakkan seseorang individu untuk menerima elaun tersebut, individu tersebut hanya perlu menjadi mantan Perdana Menteri sahaja. Ini bermakna, Truss secara automatiknya layak, walaupun tempoh pemerintahannya paling singkat dalam sejarah negara itu.
Bukan itu sahaja, beliau akan menerima elaun tersebut setiap tahun sehingga hujung hayatnya. Jumlah elaun berkenaan dikekalkan sejak 2011 dan nilainya dilaporkan sama untuk 2022-2023. Selain elaun tersebut, Truss juga layak menuntut elaun pencen sehingga 10 peratus daripada nilai Elaun Kos Tugas Awam tersebut untuk didermakan sebagai elaun pencen kepada staf pejabatnya.
Menurut kerajaan UK, Truss merupakan mantan Perdana Menteri yang keenam menerima elaun berkenaan, yang dilaksanakan bermula 1991 oleh mantan Perdana Menteri, John Mayer selepas perletakan jawatan oleh Margaret Thatcher.
Sebelum in, Truss meletak jawatan pada Khamis selepas enam minggu memegang jawatan tesebut. Terdapat pelbagai faktor yang mendorongnya untuk berbuat demikian termasuklah krisis ekonomi yang didorong oleh beberapa siri pembalikan dasar yang dibuat oleh kerajaannya.
Bussiness Insider dalam laporannya mendedahkan bahawa sebilangan besar Ahli Parlimen Tory secara umum menggesa Truss untuk meletak jawatan dan menyifatkan pentadbiran beliau sebagai tidak mampan.
Truss berkata, beliau tidak dapat menyempurnakan mandat yang diberikan kepadanya dan akan meninggalkan peranan itu selepas penggantinya dipilih. Beliau juga memaklumkan semua proses itu akan berakhir dalam masa seminggu.

Sumber: Business Insider (South Africa), Gov.uk