Siakap Keli
Gambar: Fox News

Lelaki Nekad Saman Kelab Golf, Dakwa Hadiah Dimenangi Kena Tarik Balik Sebab Salah Faham

Lelaki Nekad Saman Kelab Golf, Dakwa Hadiah Dimenangi Kena Tarik Balik Sebab Salah Faham

Seorang lelaki di Arkansas nekad failkan saman terhadap sebuah kelab dan syarikat pengeluar kereta kerana menarik balik tawaran hadiah selepas dia berjaya melakukan hole-in-one pada tee ke-10. 

Austin Clagett bersama peguamnya, Andrew Norwood yang hadir ke rancangan ‘America’s Newsroom’ pada Isnin telah membincangkan hal tersebut selepas dia dinafikan hak milik hadiah berupa sebuah trak baharu seperti yang diiklankan. 

“Trak tersebut diletakkan di sebelah lubang dan terdapat seorang wanita yang sedang duduk berhampiran sambil berkata ‘ini adalah lubangnya, jika anda berjaya, anda akan menang hadiah ini’,” jelasnya kepada pengacara rancangan itu. 

Memetik Fox News, kelab golf itu merupakan salah satu pusat golf tertua di Central Arkansas dan mereka dilaporkan telah hebahkan bahawa sesiapa yang berjaya melakukan hole-in-one pada lubang ke-10 akan menerima hadiah berupa sebuah trak.

Difahamkan, Clagett yang sebelum ini tidak pernah melakukan hole-in-one berkata bahawa dia tidak percaya apabila ada orang yang menjerit ‘anda berjaya, anda berjaya!’ sebaik sahaja memukul bola itu. 

Namun, apabila dia pergi untuk menuntut hadiah tersebut, pengedar itu mula menidakkan perkara itu dan berkata dia ‘tidak bernasib baik’. 

Menurut penjual trak tersebut, kelab itu mempromosikan trak berkenaan sebagai hadiah tanpa pengetahuan mereka dan mendakwa tidak mempunyai masa yang sesuai untuk mendapatkan insurans bagi kenderaan itu. 

“Tanpa pengetahuan kami, kelab golf tersebut mempromosikan trak baharu itu sebagai hadiah pertama pada acara itu walaupun kami hanya bersetuju untuk menjadikan ia sebagai paparan sahaja. 

“Saya ingin memohon maaf setulusnya kepada orang awam dan peserta di atas salah faham ini dan kami berharap dapat berkhidmat untuk anda semua pada masa hadapan,” jelasnya. 

Peguam Clagett, Andrew Norwood berkata bahawa trak itu sepatutnya milik Clagett mengikut peraturan permainan tersebut. 

“Mereka yang membuat tawaran tersebut dengan mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang membayar yuran penyertaan dan berjaya mencapai hole-in-one akan memenangi tawaran berkenaan. 

“Austin menerima tawaran tersebut dan membayar yuran RM1773.37 dan berjaya melakukan sebagaimana yang telah disyaratkan oleh mereka,” jelasnya. 

Difahamkan, pihak kelab golf masih lagi tidak memberikan sebarang maklum balas kepada Fox News Digital’s. Mereka menuntut ganti rugi sama dengan nilai kenderaan tersebut iaiti sekitar RM250,000 dan yuran guaman. 

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Fox News

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.