Wanita Trauma, Tak Sangka Kemunculan Ulat Dari Siling Rumah Bongkar Penemuan Mayat Jiran
Seorang wanita dilapor trauma apabila mengetahui bahawa beratus-ratus ekor ulat yang jatuh daripada siling rumahnya berpunca daripada mayat jiran dari tingkat atas yang telah meninggal dunia.
Liv, 21, mula perasan haiwan itu jatuh dari lubang di siling rumah apartmennya dan perkara itu berlarutan hampir daripada seminggu.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Liv mendakwa bahawa ulat-ulat tersebut berpunca daripada mayat jirannya yang telah reput berada di tingkat atas, lapor Daily Star.
“Untuk makluman semua, ulat-ulat itu jatuh dari siling saya selama enam hari. Ia bukan hanya dua ekor sahaja tetapi beratus-ratus ulat,” kata Liv.

Wanita yang berusia 21 tahun itu kemudian memaklumkan kepada jiran sebelahnya dan bertanya sama ada mereka mengalami perkara yang sama dengannya atau tidak.
“Jadi, beberapa orang jiran saya naik ke atas dan menekan loceng rumahnya, loceng pintu ditekan dan tiada jawapan daripadanya. Kami juga terhidu bau busuk jadi salah seorang jiran saya menghubungi polis,” katanya lagi.
“Pihak polis berada di sana ketika ulat itu jatuh dari siling.”

Di samping itu juga, Liv turut memaklumkan kepada tuan rumahnya berkenaan situasi tersebut namun kecewa kerana beliau tidak ditawarkan penginapan sementara dan juga pekerja pembersihan untuk membersihkan rumahnya.
Tambahnya, seluruh bangunan apartmen itu turut berbau seperti mayat.
“Saya terpaksa membuang banyak barang kerana kami akan berpindah ke rumah yang baharu dalam masa tiga bulan dari sekarang,” jelas Liv.
Memetik laporan Daily Star, komen-komen dari pengguna TikTok menunjukkan rasa terkejut apabila menyedari Liv tinggal dengan ulat-ulat yang jatuh di atas siling rumahnya.
“Saya pasti akan tinggalkan bangunan itu dengan segera” komen pengguna TikTok.
“Kejadian ini boleh memberi trauma! Ulat-ulat yang jatuh dari siling itu bermakna terdapat cecair dari mayat yang telah meresap di lantai rumahnya.” komen seorang lagi.
Sumber: Daily Star