Siakap Keli
Rupanya Ini Muka Sebenar Semut
Gambar: Nikon

Disangka Makhluk Asing Menyeramkan, Rupanya Ini Muka Sebenar Semut Dirakam Dari Jarak Dekat

Disangka Makhluk Asing Menyeramkan, Rupanya Ini Muka Sebenar Semut Dirakam Dari Jarak Dekat

Terdapat banyak perkara di dunia ini yang kita dapat lihat dengan mata kasar dan kadang-kadang kita memerlukan bantuan alat tertentu untuk melihat keunikan sesuatu perkara dengan lebih terperinci.

Baru-baru ini Nikon telah menganjurkan pertandingan Fotomikrografi Dunia Kecil Nikon 2022 dan pertandingan ini untuk meraikan seni fotografi mikroskop yang membolehkan orang ramai menangkap butiran yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia.

Salah satu gambar yang menarik perhatian orang ramai adalah foto yang merupai makhluk asing rekaan seperti dalam filem-filem fiksen  tetapi ianya hanyalah rupa semut yang di ambil secara dekat dengan menggunkan kanta pembesar.

Gambar muka semut itu telah diserahkan kepada pertandingan Fotomikrografi Dunia Kecil Nikon 2022 oleh jurugambar hidupan liar Lithuania, Eugenijus Kavaliauskas.

Rupa Semut Secara Dekat Seperti Gambar Raksasa Seram
Kredit: Nikon Small World

Imej semut tersebut telah menarik perhatian di media sosial, mungkin disebabkan rupanya yang menyeramkan. Walaupun imej berkenaan boleh dikatakan adalah foto yang paling mencuri tumpuan dalam pertandingan tersebut, namun Kavaliauskas hanya mendapat tempat kedua.

Pemenang tempat pertama di menangi oleh Grigorii Timin dari Universiti Geneva yang telah mengambil imej tangan embrio tokek Madagascar.

Rupa Semut Secara Dekat Seperti Gambar Raksasa Seram
Kredit: Nikon small world

Seterusnya, Nikon turut dianugerahkan hadiah ‘Image of Distinction’ tahun ini kerana telah mempamerkan gambar-gambar yang unik oleh jurugambar yang mempunyai bakat luar biasa dan menarik perhatian orang ramai tentang sesuatu benda yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.

BACA: Pelajar IPT Dapat Pelepasan Lima Hari Untuk Pulang Mengundi

Sumber: Nikon Small World, CNET

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.