Hidap Kanser, Anjing Sempat Jamah Makanan Kegemaran & Peluk Tuan Kali Terakhir Sebelum Ditidurkan Selamanya
Seekor anjing yang disahkan menghidap kanser tular di media sosial sehingga memberikan kesan emosi kepada orang ramai. Bila bercakap soal kematian, ia sememangnya satu hal yang sangat menyedihkan begitu juga dengan haiwan peliharaan.
Memetik Mirror, pemilik kepada anjing tersebut telah memuat naik sebuah video detik-detik terakhir mereka bersama haiwan kesayangannya itu yang berusia 7 tahun. Mereka juga sempat mengucapkan selamat tinggal kepada anjing tersebut di akhir video tersebut.
Anjing yang diberi nama Lily the Labrador itu disahkan telah menghidap kanser limfoma pada tahun ini dan masa kian suntuk untuk pasangan itu menghabiskan masa bersama dengannya.
Carina menerusi akaun Tik Tok miliknya (@tailsofjoyco) berkongsi detik-detik menghibakan sehingga mereka turut menitiskan air mata pada hari-hari terakhir Lily.
Dalam video tersebut, jelas kelihatan mereka berpelukan antara satu sama lain dan dalam masa yang sama Lily dilihat menikmati hidangan makanan ringan kegemarannya sebelum ia ditidurkan.
“Maaf ‘baby girl’, saya sayang kamu tapi kamu perlu pergi, terima kasih untuk kenangan selama tujuh tahun kita bersama-sama dan saya sangat bersyukur memiliki kamu sebagai anjing peliharaan saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan, video tersebut menjadi tular hingga berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak lebih dari 3.3 juta dan turut menerima 5,000 komen dari orang ramai yang bersimpati melihat momen itu.
@tailsofjoyco One day without you…💔 i miss you babygirl.🥹#fyp #dogmom #chocolatelab #cancersucks #dogcancer #dogloss
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: Mirror UK