llaollao Malaysia Umum 9 Cawangannya Kini Menerima Sijil Halal Dari JAKIM
Ilaollao, restoran yang menjual yogurt asli Sepanyol yang terkenal di Malaysia memaklum sembilan cawangannya kini sudahpun memperolehi sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Selain itu, Illaollao turut memaklumkan bahawa baki cawangannya yang lain sedang berada dalam proses untuk mendapatkan pensijilan halal yang sama.
Berita itu telah di kongsi melalui satu kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial, Facebook dan Instagram Ilaollao baru-baru ini.

Sejak jenama yogurt asli ini bertapak di Malaysia, ia telah menjadi kegemaran sebilangan besar rakyat Malaysia. Yogurt ini mempunyai pelbagai pilihan topping seperti buah-buahan dan pelbagai sos yang memang diminati oleh ramai rakyat Malaysia.
View this post on Instagram
Sembilan buah cawangan llaollao yang memperolehi sijil Halal tersebut adalah llaollao AEON Cheras Selatan, llaollao Berjaya Times Square, llaollao IOI City Mall, llaollao Mid Valley, llaollao MyTOWN, llaollao NU Sentral, llaollao Sunway Putra Mall, llaollao Sunway Velocity dan llaollao The Gardens Mall.
BACA: Kejayaan EX KERISMAS 27/2022 TLDM Dibayangi Kebimbangan Isu Keusangan Aset
BACA: Kejayaan EX KERISMAS 27/2022 TLDM Dibayangi Kebimbangan Isu Keusangan Aset
BACA: Disangka Makhluk Asing Menyeramkan, Rupanya Ini Muka Sebenar Semut Dirakam Dari Jarak Dekat