Wanita Panik Ditimpa ‘Hujan’ Ulat Turun Dari Siling Rumah, Rupanya Ada Mayat Jiran Di Tingkat Atas
Seorang wanita yang tinggal di sebuah apartment berkongsi pengalaman ngeri menerusi sebuah video di aplikasi Tik Tok di mana kediamannya telah dihujani dengan ratusan ekor ulat yang jatuh dari atas siling.
Menurut The Sun, kejadian tersebut telah berlarutan lebih kurang enam hari sebelum wanita itu mengetahui punca sebenar dari mana datangnya ulat-ulat tersebut.
Difahamkan, ulat-ulat tersebut muncul dari mayat jirannya yang tinggal di tingkat atas yang telah meninggal dunia.
“Ulat-ulat ini telah muncul dan jatuh dari siling rumah saya sejak enam hari yang lalu. Malah ia bukan dalam jumlah sedikit satu mahupun dua, tapi ia mencapai hingga ratusan ekor,” jelasnya, lapor The Sun.
@lon333lygirl my life 💖 #maggot #infestation #truecrimetiktok #fypシ #fyp
Dalam pada itu, wanita tersebut turut bertanyakan kepada jiran sebelah rumahnya sama ada rumah mereka ada menemukan sebarang serangga seperti pepijat atau ulat di kediaman mereka.
“Jiran-jiran telah naik ke tingkat atas dan menekan loceng rumah itu, namun tiada sebarang tindak balas dan jawapan sebelum mereka terhidu bau busuk. Oleh itu, mereka bertindak menghubungi pihak polis,” ujarnya lagi.
Sementara itu, menerusi video yang dikongsikan, wanita ini sempat meluahkan rasa kesal kerana pemilik rumah tidak mengendahkan aduannya berkaitan hal tersebut.
Disamping itu, wanita itu terpaksa berpindah ke kediaman yang lain oleh kerana tidak tahan dengan bau busuk yang melampau.
@lon333lygirl Replying to @gypsy.farmerr #maggot #infestation #truecrimetiktok #foryou #fyp #fypシ #slumlords #slumlordsoftictok
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: The Sun