Siakap Keli
Bekas Penyerang Jepun Meninggal Dunia
Gambar: Vancouver Whitecaps FC

Bekas Penyerang Jepun Meninggal Dunia Pada Usia 32 Tahun

Bekas Penyerang Jepun Meninggal Dunia Pada Usia 32 Tahun

TOKYO — Bekas pemain kebangsaan Jepun, Masato Kudo dilaporkan meninggal dunia pada usia 32 tahun, lapor Japan Today.

Penyerang kelab Tegevajaro Miyazaki di liga divisyen ketiga itu meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas berada dalam rawatan rapi susulan menjalani pembedahan otak bagi hidrosefalus.

Difahamkan, mendiang telah dimasukkan ke hospital semenjak 3 Oktober lalu.

Pasukannya, Tegevajaro menyifatkan bahawa Kudo seorang pemain yang tidak sombong dan mendiang sangat menghargai rakan sepasukan, kelab mahupun penyokongnya.

Sementara itu, Jurulatih Brisbane, Warren Moon berkata bahawa mendiang mempunyai personaliti baik kerana sentiasa hadir ke latihan setiap pagi dengan senyuman yang terukir di wajah.

“Dia akan dirindui di hati kami terutamanya isteri dan anak perempuannya yang sedang melalui fasa ini,” katanya.

Sepanjang karier bola sepaknya, Kudo pernah memenangi Japan League bersama Kashiwa Reysol pada 2011 dan mempunyai empat caps serta menyumbang dua gol sewaktu berkhidmat untuk negaranya.

Selain itu, dia turut berkelana ke luar negara dengan bermain di beberapa liga seperti Major League Soccer (Unites States) dan liga Australia.

Antara pasukan bola sepak yang pernah diwakilinya termasuklah Vancouver Whitecaps dan Brisbane Roar.

Sumber: AFP via Japan Today

BACA JUGA: (Video) Viral Gelagat Kucing Jadi Patung Model Baju Ketika ‘Live’, Langsung Tak Berganjak Bikin Terhibur

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.