Siakap Keli
rider diberi bonus
Gambar: Mothership

‘Rider’ Diberi RM61,000 Jika Berjaya Lengkapkan 21,500 Pesanan

Pandemik yang melanda pada awal 2022 mendorong kepada perubahan global yang menyebabkan dunia mengalami kemerosotan daripada pelbagai segi terutama sekali ekonomi sehingga membuatkan orang ramai bertindak untuk membuat dua pekerjaan.

Walaupun pada asasnya ramai yang selesa untuk bekerja di alam korporat namun ramai juga yang membuat kerja sampingan selepas selesai waktu kerja hakiki ekoran kos sara hidup semakin meningkat.

Salah satu pekerjaan sampingan yang paling digemari awam adalah menjadi penghantar makanan atau dikenali sebagai rider yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran makanan (p-hailing).

Pekerjaan ini sering termasuk dalam pilihan disebabkan kerjanya tidak memerlukan tenaga yang banyak kerana rider hanya perlu menunggang motosikal dengan membawa beg berisi makanan.

Namun pada waktu ini disebabkan ramai yang mengambil peluang untuk menjadi rider, persaingan nampaknya semakin bertambah, ditambah pula perlu mengejar ‘trip’ supaya boleh capai jumlah pendapatan harian maksimum.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah syarikat penghantaran memberikan bonus kepada mereka yang berjaya mencapai penunjuk prestasi atau Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan untuk membakar semangat rider supaya tidak mudah berputus asa.

Deliveroo menawarkan bonus sebagai tanda terima kasih kepada rider

Gambar: Mothership

Antaranya ialah Deliveroo yang merupakan platform p-hailing terkenal di Singapura yang bersedia menawarkan bonus sehingga RM61,000 sekiranya rider berjaya melengkapkan 21,500 pesanan dalam masa tiga tahun.

Lapor Mothership, tawaran itu diberikan sebagai tanda penghargaan buat rider yang bekerja keras melengkapkan pesanan yang ditetapkan serta merupakan sebahagian inisiatif Dana Terima Kasih untuk mengalirkan semula wang ke seluruh dunia.

Pengasas dan Ketua Eksekutif Deliveroo, Will Shu berkata rider merupakan nyawa bagi syarikatnya dan pihaknya mahu memberikan ganjaran kepada usaha mereka dalam membantu Deliveroo menjadi maju.

“Komitmen mereka memberikan perkhidmatan cemerlang telah membolehkan kami berkembang dan menawarkan servis penghantaran makanan terbaik di dunia.

“Kami berbesar hati mengucapkan terima kasih,” katanya.

Rider warga Singapura berjaya dapat bonus

Gambar: Mothership

Mengambilnya sebagai satu peluang, seorang warga Singapura yang berusia 33 tahun berjaya menyelesaikan lebih 21,500 pesanan dalam tempoh tiga tahun semasa menjadi penghantar makanan bersama Deliveroo.

Ia sekaligus menjadikan dia sebagai rider terbaik di Deliveroo serta paling prolifik di Singapura yang menguruskan pesanan makanan sebanyak 30 hingga 40 pesanan sehari.

Dengan bonus yang dimiliki olehnya, rider yang dikenali Chan ini berkata dia akan memberikan sebahagian daripada wang itu kepada badan amal dan akan membuat pelaburan untuk wang selebihnya.

Selain itu, Deliveroo turut memaklumkan bahawa rider turut akan menerima sebanyak RM1,200 sekiranya mereka telah bekerja dengan syarikat itu sekurang-kurangnya satu tahun dan menyelesaikan 2,000 pesanan.

Sumber: Mothership

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana