Siakap Keli
teknik pembelajaran kuasai matematik

Silibus Makin Sukar, Ibu Bapa Wajib Cuba Teknik Pembelajaran Mudah Ini Untuk Anak Kuasai Matematik

Silibus Makin Sukar, Ibu Bapa Wajib Cuba Teknik Pembelajaran Mudah Ini Untuk Anak Kuasai Matematik

KUALA LUMPUR: Di sebalik sensasi dan kontroversi isu pendidikan dibangkitkan Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh sebelum ini, AsterEdu tetap optimis mendidik anak bangsa walaupun benar silibus matematik kini makin sukar.

Malah penerima Anugerah Inovasi dan Digitalisasi Penerbitan Buku Akademik Terbaik 2022 anjuran Malaysia Education & TVET Award 2022 berlangsung di Hotel Mandarin Oriental di ibu kota 20 Oktober lalu tetap menyokong Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa silibus matematik yang telah dirangka ini adalah yang terbaik untuk mendidik anak bangsa.

Bahkan sejak diasaskan pada 2015, AsterEdu terus fokus membantu pelajar memahami subjek matematik dan matematik tambahan dengan kaedah yang tersendiri walaupun umum tahu silibus kini makin sukar.

Akui pengarahnya, Ra’fat Wajdy Muhammad, golongan guru turut menerima tempias bebanan silibus yang sukar ini sebagai satu cabaran dan perlu lebih berinovatif ketika mengajar.

“Di AsterEdu, apabila kami menghadapi cabaran ini, inisiatif dan inovatif kami adalah
menerbitkan buku Master Your Algebra yang menyediakan jawapan dalam bentuk video. Kita tahu untuk menguasai silibus matematik sekarang, pelajar perlukan kemahiran Algebra yang tinggi.

“Dengan adanya buku ini, pelajar boleh kuasai Algebra di luar waktu kelas dan jika perlukan bantuan, hanya menonton skema jawapan dalam bentuk video. Kami sudah buktikan 100,000 pelajar berjaya ubah gred matematik hanya dengan buku ini sahaja.

“Malah, kini hampir 100 buah sekolah sudah menggunakan buku berkenaan sebagai langkah alternatif untuk guru mudah mengajar silibus matematik terkini dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P),” katanya.

Menurut Ra’fat lagi, hingga kini, jenama akademik berkenaan selain sudah berjaya membantu ratusan pelajar, turut sekali gus memudahkan guru di Malaysia dalam proses pengajaran.

“Bagi kami tiada alasan dalam menuntut ilmu. Malah sejak zaman dulu lagi, dengan kekangan fasiliti di sekolah, kapasiti murid dalam kelas dan perubahan silibus mata pelajaran merentas masa… ia tidak pernah menghalang kita mencipta jaya.

“Negara maju seperti Malaysia tidak boleh terus merungut dengan apa saja cabaran dan kekangan melanda. Sampai bila kita nak terus setanding dengan negara maju laju, jika mentaliti masih cetek?.

“Golongan ibu bapa sendiri tak sepatutnya menyalahkan KPM jika anak tak boleh menguasai subjek matematik dengan baik. Ibu bapa juga tidak patut menyokong bulat-bulat pandangan Cikgu Mohd Fadli sebelum ini,” katanya.

Kata Ra’fat, golongan ibu bapa perlu lebih pro aktif dalam menangani perkara berbangkit.

“Ibu bapa perlu bersyukur silibus matematik dinaiktaraf. Malah ia perlu dilihat daripada sudut yang lebih positif seiring dengan peredaran zaman.

“Malah di luar sana pelbagai inisiatif atau saluran tambahan ditawarkan pusat akademik contohnya seperti di AsterEdu sendiri yang menerbitkan buku Master Your Algebra.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih,” katanya.

Ra’fat berkata AsterEdu terus bersemangat meneruskan misi dan visi diperjuangkan selama ini iaitu membantu 1 juta pelajar ubah gred matematik hanya dengan menggunakan buku Aster.

“Selain berjaya membantu pelajar menguasai subjek matematik dengan baik, kami juga berusaha mengubah gred mereka dalam tempoh masa 30 hari.

“Fokus kami selama ini antaranya kepada latih tubi soalan peperiksaan sebenar selain turut dilatih guru bertauliah. Ia sekali gus memastikan pelajar mendapat bimbingan secara berkesan dan konsisten.

“Untuk pengetahuan ibu bapa di Malaysia, buku ini merupakan buku latihan pertama di Malaysia yang mempunyai jawapan dalam bentuk video.
Pelajar sendiri dapat merasai suasana belajar seperti bersemuka dengan guru. Ia menjimatkan masa tanpa perlu merujuk buku teks,” katanya.

Kata Ra’fat lagi, pihaknya juga menerima perkembangan positif pengguna buku ditawarkan semasa peperiksaaan SPM baru-baru ini.

“Buku latihan matematik viral yang kami tawarkan selama ini bukan biasa-biasa dan diterbitkan dwi bahasa. Ia bersifat fizikal dan interaktif digital terutama untuk pelajar yang lemah matematik.

“Tiga koleksi buku kami terbitkan termasuklah Math Power Tahun 4,5 dan 6, Master Your Algebra Tingkatan 1 sehingga 5 dan Anchor Addmath Tingkatan 4 dan 5. Ia juga diterbitkan mengikut silibus pembelajaran terkini kurikulum standard sekolah menengah dan rendah. Termasuk penekanan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

“Setiap harga buku dijual dengan harga promosi, RM60 dan penghantaran percuma. Namun jika dibeli dengan lima unit ke atas, harga set promosi ditawarkan. Boleh tekan pautan www.bukumathviral.com untuk lanjutan,”katanya.

Ditanya mengenai penganugerahan yang baru diterima, Ra’fat enggan terus selesa dengan apa diraih.

Majlis penyampaian anugerah, dari kiri, Naib Presiden AsterEdu, Shahrin Zikri dan Najmie Naharuddin (Ketua Pegawai Perniagaan (AsterEdu) disampaikan Pengarah, Technical and Vocational Education Training Division, Ministry of Education, Hajah Zanariah Haji Ahmad,

“Kami mahu bantu 1 juta pelajar pada tahun 2023 hanya dengan buku ini. Itulah sasaran kami,”katanya.

Aqmal Ezany

I write what is right