Siakap Keli
anggota polis cedera ditembak isteri
Gambar: Ammo to Go via The Thaiger

Bergaduh Depan Balai, Pegawai Polis Cedera Ditembak Isteri Keempat

Gara-gara bergaduh tidak henti, isteri keempat seorang pegawai polis yang sedang sarat mengandung menembak suaminya di depan balai polis sehingga lelaki itu tercedera dalam kejadian di Bangkok baru-baru ini.

Menurut laporan The Thaiger, difahamkan kejadian berlaku semasa anggota polis tersebut berehat seketika di luar balai untuk menghisap rokok.

Saksi berkata mereka terlihat seorang wanita yang memakai baju ibu mengandung sedang bertengkar dengan pegawai polis itu.

Perselisihan itu semakin kuat dan tidak menentu sehingga wanita hamil itu mengeluarkan pistol dan tekad menembak suaminya.

Pegawai itu kemudiannya mengalami kecederaan di sebelah kiri badannya akibat ditembak sebelum segera dibawa masuk ke dalam balai polis untuk diberi rawatan.

Pegawai tersebut dibantu oleh beberapa anggota polis yang membantunya dan merawat luka itu sambil memujuk wanita hamil yang sedang ‘membara’ berkenaan.

Pujukan itu berhasil hingga akhirnya membuatkan wanita hamil itu menyerah diri dan dia telah ditahan dan akan didakwa memiliki senjata api tanpa permit di kawasan bandar.

Dalam masa sama wanita itu juga berdepan dakwaan cubaan membunuh seorang pegawai polis yang bertugas – iaitu suaminya sendiri.

Sementara itu, jurucakap balai polis menjelaskan bahawa tembakan dramatik tersebut tidak mempunyai kaitan dengan balai berkenaan, pasukan polis juga enggan membiarkan perkara itu mencemarkan imej mereka.

Difahamkan, pergaduhan suami isteri yang berlaku di hadapan balai polis itu hanyalah pergaduhan yang tidak mempunyai kaitan dengan pihak polis, sebaliknya dipercayai sekadar isu peribadi.

Sementara itu, Bangkok Post melaporkan bahawa pegawai polis yang ditembak mempunyai empat isteri namun isteri pertamanya telah meninggal dunia.

Pegawai itu sedang dirawat di Hospital Besar Polis untuk dapatkan rawatan mengenai kecederaannya dan dia dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Sumber: The Thaiger

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana