Siakap Keli
Kredit: Met Malaysia

Gempa Bumi 5.2 Magnitud Gegar Mindanao Sebentar Tadi

Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter telah dikesan berlaku di Mindanao, Filipina dalam kejadian pada pukul 9.20 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), pusat gempa bumi tersebut dikesan berada pada 8.1 darjah utara dan 126.6 darjah timur dengan kedalaman 87 kilometer.

Dalam pada itu, gegaran tersebut turut dikesan berada sejauh 39 km dari timur daerah Bislig, Filipina.

Tambah kenyataan yang dikeluarkan oleh Met Malaysia, gempa itu tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: MET Malaysia via Twitter 

Farah Nabilah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.