Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Kuat Gegar Selatan Filipina

Iqbal Yasir
Gempa Bumi Kuat Gegar Selatan Filipina
Gambar: Bernama

MANILA, 16 Okt (Bernama) — Gempa bumi luar pesisir bermagnitud 5.3 menggegarkan wilayah Surigao Del Sur di selatan Filipina lewat malam Sabtu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.

Agensi berita Xinhua melaporkan, gempa yang berlaku pada 11.14 malam waktu tempatan itu pada kedalaman satu km, kira-kira 68 km timur laut bandar Marihatag.

Gempa tektonik itu diramal mencetuskan gegaran susulan tetapi tidak menyebabkan kerosakan.

Sumber: BERNAMA