Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Gempa Bumi Lemah Gegar Kunak, Sabah Sebentar Tadi
Jabatan Meterologi Malaysia (Met Malaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 Magnitud berlaku di Kunak, Sabah pada jam 11.10 malam, 12 Oktober 2022.
Dalam kenyataan tersebut, pusat gempa bumi itu difahamkan terletak di 4.6 darjah Utara dan 118 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer dan 13 kilometer dari Kunak, Sabah.
Tambah Met Malaysia, gegaran itu dapat dirasai di daerah berkenaan.
“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan,” katanya.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia