Siakap Keli

“Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

“Memang Barang Jadi,” Sehari Je Meniaga Tapi Beribu Orang Datang Serbu, Peniaga Lega Jualan Dapat Sambutan

Pada 20 Oktober lalu, telah berlangsung program Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia (KUKKM) Negeri Selangor yang diadakan di Dataran Eco Grandeur, Puncak Alam. 

Biarpun diadakan dalam tempoh singkat, lebih 120 usahawan terdiri daripada peniaga gerai dan food truck teruja dengan kunjungan lebih 10,000 pengunjung sepanjang program tersebut.

“Alhamdulillah, pengunjung ramai. Berbaloi join program kali ini,” kata salah seorang peniaga yang menyertai karnival tersebut.

Hasil daripada temu ramah yang dilakukan terhadap para peniaga yang menyertai karnival tersebut, rata-ratanya bersetuju bahawa karnival itu sedikit sebanyak membantu perniagaan mereka lebih dikenali dalam kalangan pembeli.

Ada juga yang mendedahkan bahawa hasil jualan yang diperolehi mereka ketika menyertai karnival tersebut amat memberangsangkan. Selain daripada itu juga, ada yang berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Karnival ni sangat-sangat membantu, pengunjung pun ramai. Kita dapat pendedahan, boleh bagi marketing dan education pada pelanggan. Hasil jualan hari ini tinggal tak banyak dah, laku keras,” ujar seorang lagi peniaga.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Keusahawanan & Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz.

Menurut Tengku Zafrul, program dengan kehadiran 10,000 pengunjung itu merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu para usahawan mengembangkan perniagaan selepas mengharungi cabaran pandemik & inflasi.

Atas tindakan responsif kerajaan bagi terus membantu Keluarga Malaysia, jumlah keseluruhan pakej bantuan yang disalurkan daripada Bajet 2021 dan 2022 adalah sebanyak RM650 bilion.

Bagi mendepani cabaran-cabaran ekonomi pada masa hadapan, kerajaan telah merangka strategi yang dipandu oleh pendekatan dikenali sebagai 3R iaitu Responsive, Responsible dan Reformist.

Dari segi responsif, kerajaan telah pun mencadangkan untuk menambahbaik program SemarakNiaga dengan nilai keseluruhan berjumlah RM45 bilion. Daripada jumlah itu, sebanyak 1.7 bilion daripadanya telah tersedia khas sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil.

Selain daripada itu juga, kerajaan turut bercadang untuk memberikan geran one-off sebanyak 1,000 ringgit kepada semua syarikat PMKS berdaftar. Dilaporkan bahawa lebih kurang 1 juta perniagaan bakal menerima manfaat tersebut dengan peruntukan keseluruhan yang berjumlah sebanyak RM1 bilion.

Tambahnya lagi, mulai tahun taksiran 2023, Kerajaan telah mencadangkan agar kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi 100,000 pertama dikurangkan daripada 17% kepada 15%. Inisiatif itu dijangkakan memberi penjimatan sehingga RM2,000 kepada sejumlah 150,000 PMKS.

Justeru daripada itu, beliau menggalakkan agar para usahawan merebut peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan sejurus selepas Bajet 2023 dilaksanakan.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan sesi pengumuman cabutan bertuah. Terdapat pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pemenang untuk dibawa pulang. Antaranya ialah, jongkong emas, motosikal, pakej percutian dan banyak lagi.kukkmk

Aqmal Ezany

I write what is right