Siakap Keli
hari konvo
Gambar: Pixabay

Musim Genggam Ijazah, Ini Tips Untuk Siswi Tampil Jelita Di Hari Konvokesyen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Musim Genggam Ijazah, Ini Tips Untuk Siswi Tampil Jelita Di Hari Konvokesyen

Yeayy, musim konvokesyen sudah pun tiba. Mesti ramai gadis-gadis di luar sana tidak sabar-sabar untuk menghadiri majlis konvokesyen nanti. Setelah belajar bagai nak rak untuk lebih daripada tiga tahun, inilah hari kemuncak bagi anda untuk ‘slay’ dalam kehidupan universiti anda.

Pada hari yang istimewa ini, kita mestilah hendak menampilkan ‘the best version of ourselves’. Detik-detik bersejarah dalam hidup ini akan direkodkan menerusi bukti digital ataupun cetakan. Ada yang menggantungkan foto graduasi mereka di rumah, untuk dijadikan sebagai kenangan dan pembakar semangat untuk generasi akan datang.

“Tapi kak, saya tak yakin dengan diri saya. Boleh ke ‘kentang’ macam saya bersinar masa konvo nanti?”

Jangan risau, seorang pengguna Twitter, (@merbab3s) ada berkongsi tip untuk kelihatan anggun semasa majlis konvokesyen anda.

1. Bagi sesiapa yang akan menghadiri majlis konvokesyen untuk sesi pagi, pastikan anda makan sarapan untuk mengalas perut anda daripada kelaparan sewaktu majlis. Diingatkan bahawa ramai yang akan menggenggam skrol ijazah sama seperti anda dan masa menunggu untuk satu sesi tamat sangat lama.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Untuk kelancaran majlis, anda juga tidak dibenarkan untuk berganjak daripada tempat duduk anda melainkan hendak pergi ke tandas ataupun sudah sampai giliran anda untuk naik ke atas pentas. Jadi, terdapat kesukaran untuk mendapatkan makanan sewaktu berada dalam dewan konvokesyen.

2. Memandangkan majlis konvokesyen diadakan di tempat tertutup dan berpenghawa dingin, mengenakan solekan yang ringkas sudah memadai tetapi disetkan dengan sempurna.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Selain itu, pastikan anda mengenakan solekan pada bahagian mata. Ini adalah untuk mengkaburi lingkaran gelap pada bahagian mata dan memberikan rupa ‘fresh’ terhadap penampilan anda.

3. Bawa beg sandang yang bersaiz kecil untuk tujuan menyimpan telefon dan barangan penting sahaja. Pakai beg dalam jubah konvokesyen anda.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Pemilihan kasut semasa majlis konvokesyen

4. Pastikan anda memakai kasur dengan warna yang betul dan dinyatakan dalam panduan pemakaian untuk para graduan. Ada beberapa kes graduan ditahan daripada memasuki dewan disebabakan tidak mematuhi etika pemakaian.

5. Pilih kasut yang selesa lagi-lagi jika anda merupakan seorang yang  tidak biasa mengenakan kasut tumit tinggi.

6. Jangan pakai kasut tumit tinggi yang terbuka pada bahagian belakang disebabkan terdapat risiko untuk kasut tersebut tercabut tanpa diduga sewaktu anda berada di atas pentas. Lebih baik anda membeli kasut yang memiliki tali sokongan pada bahagian belakang kaki.

Gambar hiasan | Gambar via Google
7. Pilih saiz kasut yang betul walaupun kasut tersebut akan digunakan dalam masa sehari. Jika kasut anda terlalu  ketat, dikhuatiri kaki anda akan melecet. Jika jenis kaki anda mudah melecet, sediakan pad kasut untuk melindungi kaki anda daripada melecet.
Gambar hiasan | Kredit: Good Housekeeping

Pakaian yang Selesa

8. Pilih baju yang selesa untuk anda bergerak, lagi-lagi untuk pergerakan menaiki tangga untuk ke pentas. Perkara ini untuk mengelakkan anda terjatuh atau pun merasa tidak selesa.

Pemilihan fabrik juga penting kerana anda akan pakai pakaian tersebut bersama-sama jubah konvokesyen yang memiliki fabrik yang agak tebal. Pastikan anda yang memiliki fabrik yang sejuk dan tidak memerangkap haba.

9. Beralih kepada ‘mahkota’ bagi wanita muslim iaitu tudung. Pilihlan tudung daripada fabrik yang selesa dipakai oleh anda. Pastikan gaya tudung yang dikenakan tidak terlalu kompleks atau pun renyah.

Anda juga digalakkan untuk membawa jarum peniti bagi mengekalkan posisi tudung pada kepala anda, selain daripada memberi perlindungan kepada mortar board untuk kekal di atas kepala.

Gambar hiasan | Gambar via Facebook

10.Jika anda merupakan seseorang yang suka bergambar dengan rakan-rakan, anda dinasihatkan untuk melakukan sesi pre-convo photoshoot. Semasa sesi tersebut, anda boleh mengenakan apa-apa gaya, apa-apa latar belakang mahupun mengambil video TikTok sekali gus.

Ini disebabkan pada hari konvokesyen, ia sangat susah untuk mengumpulkan  semua orang dalam satu masa kerana semuanya bersama ahli keluarga masing-masing. Ada yang datang dari jauh dan perlu beredar dengan segera, maka kebarangkalian sesi penggambaran anda bersama-sama rakan-rakan akan menjadi terlalu tergesa-gesa.

Akhir sekali, diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk melakukan persiapan untuk majlis konvokesyen yang bakal berlangsung di kemudian hari.

Raikanlah perjuangan anda untuk menggenggam segulung ijazah yang dipenuhi dengan suka duka dengan menampilkan rasa yakin dalam diri anda. Sekali lagi, tahniah kepada diri anda kerana sudah lakukan yang terbaik!

Sumber: @merbab3s via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma