Siakap Keli
Penoreh Getah Ditemui Dibaham Ular Sawa
Gambar: Birin via Kompas.com

Semalaman Hilang, Penoreh Getah Ditemui Maut Dibaham Ular Sawa

Semalaman Hilang, Penoreh Getah Ditemui Maut Dibaham Ular Sawa

INDONESIA — Seorang penoreh getah berusia 52 tahun ditemui maut selepas dibaham oleh seekor ular sawa sepanjang enam meter, lapor Kompas TV.

Menurut penduduk kampung, mangsa yang merupakan seorang wanita telah dilaporkan hilang sejak Ahad lalu sebelum usaha pencarian dilakukan di dalam hutan.

Difahamkan, seramai 300 penduduk terlibat dalam misi pencarian itu namun tidak menemui jejak wanita berkenaan. Sebaliknya, mereka menemui seekor ular sawa sekitar jam 9 pagi waktu tempatan semalam sebelum menangkapnya.

“Kami mencarinya di dalam hutan. Pagi ini kami menemui mangsa di dalam perut ular itu.

“Ular tersebut berjaya ditangkap sebelum dibunuh oleh penduduk kerana mengesyaki sesuatu di dalam perutnya yang besar. Selepas dibedah, kami menemui mayat mangsa,” kata salah seorang penduduk, Birin.

Penoreh Getah Ditemui Dibaham Ular Sawa
Gambar: Birin via Kompas.com

Susulan kejadian itu. mayat mangsa kemudiannya segera dikebumikan di kediamannya di Desa Air Terjun Gajah, Kecamatan Betara, Kabupaten Tanjung Jabung Barat, Jambi.

Sementara itu, Komuniti Ralu Jambee, Anita menjelaskan bahawa punca ular sawa membaham manusia dipercayai berlaku akibat kekurangan makanan dalam ekosistem.

Tambah Anita, haiwan seperti babi hutan yang merupakan makanan reptilia tersebut sering diburu oleh manusia.

“Bagi ular bersaiz lebih lima meter, biasanya ia cenderung untuk mencari mangsa yang dianggap sesuai seperti babi hutan dan ternakan penduduk,” jelas Anita kepada Tribun Jambi.

Sumber: Kompas TV

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.