Helikopter Terhempas Di Brinchang: Kesemua Mangsa Dilapor Selamat – Ketua Polis Pahang
Sebuah helikopter yang membawa enam individu termasuk juruterbang dipercayai terhempas di Brinchang, Cameron Highlands sebentar tadi, lapor Bernama.
Menurut sumber yang dihubungi Astro Awani, usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Hutan serta beberapa agensi lain lagi.
Dalam kemaskini Bernama TV terbaru, kesemua mangsa yang menaiki helikopter tersebut dilaporkan selamat.
Kesemua mangsa helikopter terhempas di Brinchang dilaporkan selamat, dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Ipoh membawa (1) juruterbang, (1) doktor dan (4) pasukan perubatan – Ketua Polis Pahang pic.twitter.com/rD23spKjRr
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) October 26, 2022
Berita lanjut bakal menyusul..
Sumber: Bernama, Astro Awani