Siakap Keli
Gambar: Bernama

Jaguh Perseorangan Negara, Lee Zii Jia Kini Di Ranking Kedua Terbaik Dunia

Jaguh Perseorangan Negara, Lee Zii Jia Kini Di Ranking Kedua Terbaik Dunia

Jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kini berada di ranking kedua dunia selepas muncul naib juara dalam kejuaraan Terbuka Denmark pada Ahad lalu, lapor Astro Awani.

Dalam perlawanan akhir tempoh hari, Zii Jia yang berdepan dengan pemain China, Shi Yuqi telah tewas 18-21, 21-16, 12-21.

Kedudukannya sebagai naib juara dalam kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 BWF tersebut secara tidak langsung berjaya memberikannya mata sekali gus membaiki kedudukan rankingnya secara keseluruhan.

Juara Asia tersebut berjaya mengutip 9,350 mata dalam kejohanan itu.

Secara keseluruhan, pemain dari Alor Setar, Kedah itu berjaya mengumpul sebanyak 92,528 mata dan kini berada di belakang jaguh Denmark, Viktor Axelsen (122,606 mata).

Seorang lagi pemain perseorangan muda negara, Leong Jun Hao turut berjaya memperbaiki rankingnya selepas berjaya muncul juara dalam Masters Indonesia pada Ahad lalu.

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu, Jun Hao, 23 tahun berjaya menaiki 28 anak tangga dan kini merupakan ke-73 terbaik dunia.

Bagi kategori beregu lelaki pula, pasangan juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal berada di tangga keempat secara keseluruhan.

Dua lagi pasangan beregu negara, Ong Yew Sin-Teo Eei Yi dan Goh Sze Fei- Nur Izzuddin Rumsani  yang masing-masing berada di kedudukan kesembilan dan ke-10 tidak mengalami sebarang perubahan kedudukan ranking.

Bagi beregu campuran nombor satu negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula, mereka berjaya mendaki satu kenaikan anak tangga dan kini berada di kedudukan kesembilan dunia.

Sumber: Astro Awani

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.