“Jangan Bagi Kuku Panjang..,” Pakar Dermatologi Ini Kongsi Kaedah Agar Anak Alami Ekzema Tidur Lena Waktu Malam
Seperti yang kita ketahui, kulit bayi jauh lebih sensitif berbanding kulit orang dewasa.
Oleh itu, bayi dan kanak-kanak memerlukan perlindungan dan penjagaan yang lebih rapi bagi mengelakkan daripada penyakit yang boleh menjejaskan perkembangan si manja misalnya penyakit kulit, ekzema.
Bagi yang belum tahu, ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang sering kali terjadi dan menyerang golongan kanak-kanak dan bayi.
Kebiasaannya, kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah terdedah kepada penyakit ini.
Antara bahagian tubuh badan yang sering terdedah kepada penyakit ini adalah pada bahagian muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut hingga menyebabkan kulit berkerak.
Tambahan lagi, penyakit kulit juga turut disertakan dengan bengkak, gatal, dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair.
Sudah tentu, perkara sebegini akan membuatkan si manja anda berasa tidak selesa untuk melakukan sebarang pergerakan dan boleh mengganggu waktu tidurnya.

Sehubungan itu, apakah langkah yang boleh diambil oleh para ibu bapa untuk mengatasi masalah ini?
Untuk mengetahuinya, mari kita ikuti satu perkongsian ilmu yang penuh bermanfaat oleh pakar dermatologi, Dr. Wan Syazween Lyana di bawah ini.
Tips Untuk Anak-Anak Eczema Tidur Nyenyak Pada Waktu Malam
Hello orang ramai!
Seringkali saya berdepan pesakit-pesakit eczema yang tidak boleh tidur malam kerana kulit yang sangat gatal. Bila tidur anak kecil terganggu, tidur seluruh isi rumah pun akan terganggu.
Threads!
1) Pastikan anak mandi dahulu sebelum tidur. Tidak perlu directly sebelum tidur. Cukup dengan mandi selepas mereka berpeluh main sepanjang hari. Kita tidak mahu mereka tidur dalam peluh, kerana peluh terbukti boleh memburukkan eczema.
2) Sebelum tidur, sapukan pelembab. Seelok-eloknya, sapu pelembab ke seluruh badan, walaupun di kawasan yang tiada eczema. Kajian menunjukkan, pesakit eczema mempunyai kulit yang lebih kering berbanding orang tiada eczema, walaupun dari mata kasar, kulit itu kelihatan normal ya.
3) Sesetengah ibu bapa pakaikan anak-anak sarung tangan sebelum tidur. Sekurang-kurangnya, jika anak menggaru tanpa sedar, kulit tidak luka disebabkan oleh kuku. Sebolehnya sarung tangan jenis cotton supaya tidak luka kulit. Pastikan juga tidak mudah lucut tengah malam!
4) Potong kuku selalu. Jangan bagi kuku panjang. Luka pada kulit boleh menyebabkan jangkitan kuman, dan ini boleh menerukkan eczema.
5) Elakkan penyebab-penyebab eczema. Paling kerap adalah debu. Dan ramai ibu-bapa lupa, debu banyak melekat pada soft toys anak-anak seperti teddy bears dan sebagainya. Tidak perlu kejam dan buang terus, cuma pastikan basuh selalu ok.

6) Seeloknya tidur dalam suhu yang nyaman. Tidak kisah kipas atau aircond. Jika aircond, pastikan bukan suhu sejuk yang ekstrem. Jika mampu, pasang sekali dengan air humidifier supaya tidak terlalu kering.
7)Boleh amalkan wetwrap therapy. Teknik apabila kita membalut badan/tangan/kaki kanak-kanak dengan tubifast/cotton untuk mengekalkan kelembapan kulit. Ramai pesakit merasakan teknik ini berkesan. Saya akan terang secara detail cara untuk wetwrap therapy di posting akan datang.
8)Pastikan segala rawatan yang disyorkan doktor pada waktu siang hari itu, dipakai ya. Rawatan eczema memerlukan komitmen sepanjang hari, bukan waktu hendak tidur sahaja. Ramai pesakit yang pakai ubat hanya pada waktu malam sahaja, kerana kekangan masa. Cuba atasi perkara ini ya.
9)Akhir sekali, boleh gunakan ubat gatal yang mengantuk (oral sedating antihistamine) seperti piriton. Walaupun ia tidak menghilangkan gatal 100%, namun boleh membantu untuk kanak-kanak tidur. Pastikan dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu, sebelum menggunakannya.