Siakap Keli
Gambar Via Daily Star

Lebih 500 Nelayan Dilapor Dijangkiti Penyakit Kulit Misteri Selepas Pulang Dari Laut

Lebih 500 nelayan dilaporkan telah terkena penyakit kulit misteri setelah pulang dari laut, lapor Daily Star.

Mereka dijangkiti penyakit berjangkit yang pelik di barat Senegal, Afrika, setelah mereka kembali ke darat.

Kebanyakan mereka yang berasal dari beberapa bandar nelayan di sekitar ibu negara Dakar telah dikuarantin untuk mendapatkan rawatan.

Beberapa gambar yang dikongsi di media sosial memaparkan lelaki dengan bibir bengkak dan melepuh serta jerawat yang besar di tangan.

Seorang pegawai kanan kerajaan negara itu mengesahkan kejadian pelik itu pada Khamis.

Gambar Via Daily Star

Memetik laporan Daily Star, pegawai maklumat dan pendidikan kesihatan nasional, Ousmane Gueye, berkata ia merupakan dermatitis yang berkaitan dengan penyakit berjangkit.

“Kami akan menyiasat lebih lanjut dan berharap agar segera dapat membongkar mengenai penyakit misteri ini,” katanya.

Tentera laut Senegal juga akan dihantar untuk mengambil sampel air untuk dianalisis.

Laporan Kementerian Kesihatan yang bertarikh 17 November mengatakan bahawa kesemua nelayan mengalami luka pada wajah, hujung kaki dan bagi sesetengah orang pada alat kelamin mereka.

Gambar Via Daily Star

Dokumen tersebut juga mengatakan bahawa mereka mengalami sakit kepala dan menunjukkan suhu yang agak tinggi.

Siasatan awal mendapati kes pertama dilaporkan pada 12 November yang melibatkan seorang nelayan berusia 20 tahun.

Wabak penyakit ini dilapor telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pegawai kesihatan di negara tersebut.

Ada juga laporan yang mendakwa bahawa ia berasal dari produk toksik yang telah dibuang di pesisir laut oleh kapal yang tidak dikenali di antara bandar Dakar dan Mbour.

Sumber: Daily Star