Kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pemegang lesen sampan khas daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
Bagi meningkatkan pendapatan nelayan, geran turut disediakan untuk pelaksanaan projek akuakultur, termasuk pembekalan sistem bioflok bagi ternakan ikan tilapia. Agrobank juga menyediakan RM40 juta untuk pembiayaan projek akuakultur.
Selain itu, nelayan yang layak akan terus menikmati harga diesel bersubsidi pada kadar RM1.65 seliter.
Kerajaan turut menyediakan RM178 juta, antaranya bagi menyalurkan insentif hasil tangkapan dan Elaun Sara Hidup sehingga RM300 sebulan kepada nelayan yang layak.

