Siakap Keli
Sumber: Google

Jangan Buang, Jom Jana Pendapatan Dengan Jual Minyak Masak Terpakai Di Enam Cawangan Ini

Jangan Buang, Jom Jana Pendapatan Jual Minyak Masak Terpakai Di Enam Cawangan Ini

Minyak masak  merupakan satu bahan yang wajib ada di dapur rumah untuk menumis masakkan atau menggoreng. Biasanya, selepas kita menggunakan minyak masak untuk menggoreng, lebihan minyak tersebut akan dibuang akan dibuang begitu sahaja.

Namun begitu, tahukah anda minyak masak terpakai boleh dijual semula dan harga per kilogramnya hari ini adalah lebih mahal berbanding harga sekilogram minyak masak baharu.

Baru-baru ini Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam telah mengadakan kempen Trash To Cash yang bertujuan untuk menyemarakkan semula aktiviti kitar semula dan menyelamatkan sisa yang boleh dikitar semula.

Salah satu kempen yang mereka jalankan adalah dengan menyeru orang ramai menjual minyak masak terpakai sekaligus mampu menjana pendapatan semula.

Terdapat 7 premis yang anda boleh mengitar semula minyak masak terpakai dan mendapatkan duit dengan segera:

1. Alam Flora Buy Back Centre

Kredit: Jordyndsx

Alam flora terletak di Shah Alam seksyen U1. Disini anda boleh memilih untuk datang ke pusat tersebut atau menggunakan khidmat-up yang dikenali sebagai 3R on Wheels (3RoW) untuk mengambil minyak masak terpakai daipada rumah anda.

Antara kawasan kutipan yang dilakukan oleh premis ini adalah di sekitar Lembah Klang dan Pahang. Kadar Jualan Rm1.10/kg

2. Arus oil

Kredit: Arus Oil

Arus oil ialah platform kitar semula yang diwujudkan atas permintaan orang ramai untuk mengitar minyak masak terpakai dengan mudah. Mereka menyediakan servis kutipan dari pintu ke pintu dengan cara mudah dan percuma. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi tersebut, mendaftar dan membuat temu janji di dalam talian sahaja. Antara kawasan kutipan yang di lakukan oleh arus oil ialah Lembah Klang. Kadar jualan RM1.30 bagi 10kg ke bawah (minimum 5kg), RM1.60 bagi 50kg ke bawah, RM1.90 bagi 100kg ke bawah dan RM2.20 bagi 100kg ke atas.

3. Oilln Malaysia

Kredit: Oilin Malaysia/Facebook

Syarikat pengurusan sisa ini turut menyediakan servis seperti syarikat lain yang menyediakan perkhidmatan pengambilan dari pintu ke pintu tetapi tidak mengenakan kadar jualan minimum dan cas tambahan akan dikenakan.

Antara kawasan kutipan yang di lakukan oleh Oilln Malaysia ialah Lembah Klang. Kadar jualan RM1.00 untuk 1kg, RM1.20/kg untuk 10kg ke bawah, RM1.40/kg untuk lebih daripada 50kg, RM1.60/kg untuk lebih daripada 100kg.

4. Captain Oil

Kredit: TLR Recycling/Facebook

Merupakan pengumpul minyak berlesen yang anda boleh hubungi untuk urusan kutipan minyak masak terpakai di sekitar kawasan anda.

Jika anda mempunyai minyak yang banyak hendak dijual, jangan risau mereka akan sediakan tong yang bersesuaian dengan tawaran harga yang minima. Kawasan kutipan di lembah klang dan kadar jualan RM 1 sehingga RM 2.50/kg (minumum 10-15kg).

5.Trash4Cash

Kredit: Trash4Cash

Syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan dari pintu ke pintu untuk mengitar semula minyak masak yang terpakai serta pelbagai barang lain yang ingin di kitar semula seperti surat khabar lama, plastik, dan kaca.

Antara kawasan yang boleh mendapatkan perkhidmatan mereka di sektiar Lembah Klang, Kedah dan Perlis. Kadar jualan RM1.10/kg untuk kurang daripada 20kg, RM1.20/kg untuk kurang daripada 50kg dan RM1.40/kg untuk lebih daripada 50kg.

6.TREE CYCLE Biodiesel

Kredit: Tree cycle Biodiesel/Facebook

Tree Cycle Biodiesel melakukan perkhidmatan pengumpulan dari kawasan komersial dan perumahan. Syarikat ini pernah mengumpul hampir 15, 000 kg minyak masak terpakai untuk di kitar semula dalam masa sebulan.

Difahamkan, minyak masak terpakai yang dibeli syarikat ini akan dijadikan Biodiesel. Kawasan kutipan tertumpu di sekitar Lembah Klang dan kadar jualan RM 1.50/kg (tiada had minima).

Sekarang anda telah mengetahui beberapa tempat untuk menjual minyak masak terpakai, jadi tunggu apa lagi jom menjana pendapatan dengan cara mudah. Semoga maklumat yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada anda semua.

BACA: Gangguan Bekalan Air Berterusan Di Labuan

Sumber: Loanstreet, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) via Facebook 

Shafikah