Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Jual Perantisiswa: Bentuk Hukuman Belum Dibincang, PM Rayu Pelajar Jangan Jual

Jual Perantisiswa: Bentuk hukuman belum dibincang, PM rayu pelajar jangan jual

Kerajaan hari ini masih belum membincangkan sebarang bentuk tindakan yang akan dikenakan kepada mereka didapati menjual PerantiSiswa Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Setakat ini, kita tidak membincangkan lagi dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM). Perkara itu mereka akan tengok kembali,” kata beliau kepada pemberita dalam majlis perasmian Kompleks Media City yang dikenali sebagai Angkasapuri Kota Media pada hari ini.

Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri Ismail Sabri juga menyeru pelajar yang menerima bantuan kemudahan tersebut agar tidak menjual peranti itu dalam mencapai hasrat kerajaan untuk membantu pelajar golongan B40.

“Jadi janganlah mencari keuntungan jangka pendek dengan menjual (PerantiSiswa) kerana jangka panjang lebih penting bagi mereka untuk menggunakan PerantiSiswa demi meningkatkan mutu pembelajaran demi masa depan mereka,” kata beliau.

PerantiSiswa meruapakan inisiatif dari kerajaan dalam membantu pelajar institut pengajian tinggi yang datang dari keluarga B40.  Pemberian ini merupakan usaha kerajaan untuk memudahkan proses pembelajaran pelajar dalam era digital kini. Pelajar akan menerima tablet Galaxy Tab A8 bersama papan kekunci dan juga stylus.

Pada awal pengumuman pemberian PerantiSiswa sebelum ini, kerajaan menyatakan bahawa penerima peranti tersebut perlu memulangkan kembali tablet berkenaan pada penghujung pembelajaran mereka.

Namun begitu, kerajaan telah mengubah keputusan mereka dan memilih untuk memberi terus tablet PerantiSiswa kepada para pelajar sehingga mereka tamat belajar.

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata beliau telah mengesan 14 kes penjualan semula PerantiSiswa di seluruh negara. Penelitian berhubung isu tersebut juga sedang dijalankan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Projek pembangunan Angkasapuri Kota Media adalah merupakan kaedah kerjasama awam dan pihak swasta melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) kata Annuar dalam ucapan alu-aluannya semalam.

Selain itu, Annuar Musa turut merakamkan penghargaan kepada menteri-menteri K-KOMM sebelum ini yang telah terlibat dalam menjayakan menjayakan usaha pembinaan Media City ini.

“Projek telah bermula secara rasminya pada Disember 2016 dan diteruskan semasa musim PKP. Kejayaan ini akan memulakan era baharu dalam penyiaran negara,” katanya.

Bangunan Media City yang mempunyai 18 tingkat ini mempunyai ruang pejabat, auditorium berkapasiti 1,000 orang, studio rakaman muzik dan studio latihan muzik, tiga buah studio TV (M1, M2 dan M3), ruang parking bertingkat dan plaza berserta garaj kenderaan bagi siaran luar. Kos keseluruhan pembangunan projek itu dikatakan berjumlah RM 860 juta.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.