Siakap Keli
Gambar: callmefye

“Pilih Seat Row Tengah,” Lelaki Kongsi “Hacks” Nak Selesa “Travel” Dalam “Flight” 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Pilih Seat Row Tengah,” Lelaki Kongsi “Hacks” Nak Selesa “Travel” Dalam “Flight” 

Pasti ramai diantara kita yang sedang merancang dan ada juga yang dalam perjalanan berangkat ke luar negara ketika ini.

Bagi yang destinasinya hanya negara berdekatan, tidak ada masalah sangat. Namun bagi yang akan travel ke negara-negara jauh seperti ke Eropah dan sebagainya, perlu diingat bahawa perjalanan akan mengambil masa yang lama.

Untuk yang baru kali pertama travel naik kapal terbang lama-lama ini, anda perlu bekalkan segala peralatan yang boleh membantu anda selesa ketika di dalam flight nanti.

Apa yang nak kena bawa nanti ye?

Bagi mengetahui berkenaan soalan itu, seorang lelaki di Twitter bernama @callmefeye yang merupakan ‘tour guide’, ada berkongsikan hacks yang boleh digunakan ketika di kapal terbang nanti.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Rupanya ramai yang masih tak tahu travel long haul flight punya hacks. Benda remeh yang sangat membantu jadikan perjalanan berbelas jam jadi selesa. Kalau ada yang nak tahu saya boleh buat thread.

Disclaimer: semua hacks ni based on my experience. Kalau ada nak tambah, dialu-alukan. Terima kasih sebab share & minat nak baca perkongsian saya.

1- Noise cancelling headphones. Bukan sekadar headphone tapi yang ada fungsi noise cancelling. Why? Tengok ni. Flight saya balik dari Amsterdam hari tu dua orang ni decide ni waktu terbaik untuk buat perbincangan di waktu orang sekeliling nak rest. 

2- Loose, beltless & super comfy trousers. Loose tu untuk keselesaan. Beltless tu membantu sangat sebab lepas in-flight meal tak payah risau nak unloose belt Plus, lalu custom tak payah buka belt. Renyah!

3- Foldable slippers. Yang ni jangan bawa yang tebal-tebal siap bulu-bulu pelepah burung Kasawari pula. Naik long haul flight memang kena buka kasut kalau nak selesa. So slippers macam ni highly recommended.

Kredit Tag Jones/Twitter

4- Dah buka kasut tu jangan pula sampai memengsankan orang sekeliling. Bawa extra socks. Saya sebagai tour leader, memang bawa 5-6 pasang sebab hari-hari berjalan. Setiap hari pakai yang baru. Dalam flight, pakai yang macam ni sebab temperature dalam flight lain macam sejuk dia.

Kredit Tag Jones/Twitter

5- Ladies, pakai baju yg tiada any crystal, Swarovski, manik or diamond. Bukan hanya berkenaan comfortability tapi ini antara yang jadi punca kena tarik ke tepi masa pemeriksaan kastam. Mesin pengimbas berbunyi. Accessories pun jangan too much macam Phoebe Buffay. 

6- Long haul flight selalunya banyak sesi makan. 2-3 kali. Make sure bawa berus gigi & toothpaste saiz travel. Banyak jual kit yang cantik giler. Dekat Korea, dorang bawa with them anytime tau. Dekat cafe-cafe ianya common dorang berus gigi dekat toilet. Dalam flight korang akan selesa lepas berus gigi.

Kredit Tag Jones/Twitter

7- Facial mask. Higher humidity dalam cabin akan buatkan kulit jadi dry. Ni antara hack yang saya appreciate. Selain therapeutic, kulit korang tak la affected sangat upon arrival nanti. Pakai yang peel off (puc 1) bukan yang kena wash out (puc 2). Kalau Korean punya, lepas cabut, tak payah cuci.

8- Make everything as comfortable as possible. Pilih jaket/hoody/cardigan yang loose, long sleeve & the ones yang make you feel like snuggling in bed.

9- Ramai orang bila travel mesti ada neck pillow bergayut dekat beg My own experience memang tak prefer langsung sebenarnya neck pillow ni sebab tak membantu sangat pun. Kalau nak bawa juga, bawa yang inflatable so tak la sarat sangat beg. Tapi saya prefer muffler. Lagi selesa.

10- Sentiasa pilih seat Row tengah. Why? Xde kena kacau kalau orang sebelah nak ke tandas. Cuma selalu kena langgar dengan cabin crew je la kalau terkeluar sikit.

Kredit Tag Jones/Twitter

11- Sebelum fly & waktu dalam flight, JANGAN MAKAN TOO MUCH. Oh the feeling bila kekenyangan dalam flight SANGAT TAK SELESA.

12- On the other hand, kena hydrate yourself. Kena pergi lavatory banyak kali pun takpe sebab kalau tak, nanti sampai destinasi kulit korang akan buat hal. And you don’t want your ootd photos look bad kan.

13- Get ready dengan sleep cycle korang bila ke negara yang time zone dia jauh berbeza dengan Sabak Bernam or Banting Selangor This way, nanti tak terkesan sangat dengan jet lag tu. Boleh sightseeing terus.

14- Tak boleh tidur waktu flight? Tak tahu nak buat apa? Ini yang saya selalu buat :

– delete segala screenshot dalam phone

– edit video untuk simpanan reels

– buat kerja (laptop) tapi ni saya je la kot#l

– write down a journal pasal travel (writing it later gives different feeling)

15- Make everything as organised as possible. Segala cable nenek letak dlm pouch, travel doc (passport, boarding pass etc) letak dalam cross body bag/handbag supaya easy to reach. Bawa empty water bottle dan pen.

Above all, don’t worry too much. Enjoy the journey & experience Antara semua yang di atas, make sure passport dan boarding pass sentiasa ada. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Kalau ada nak tambah, dipersilakan utk manfaat manusia travel sejagat.

Oh saya perlu add pasal had limit liquid yang dibenarkan dlm cabin (toiletries etc). Memang 100ml per item. Korg jgn plak bwk brg yg tertera kat label 200ml tp dlm tu dah tinggal sikit dengan alasan dah kurang la than 100 ml. Sebenarnya dorang tengok apa yang tertera dekat label. Tak kisah la dah tinggal half pun.

Macam mana dengan perkongsian kali ini? Diharap kepada mereka yang kaki ‘travel’ dapat memanfaatkan perkongsian kali ini.

Sumber: Tag Jones/Twitter

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.