Siakap Keli
Gambar: Bernama

Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa 10 Negeri Hingga Malam Ini

Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa 10 Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menurut METMalaysia, ribut petir dan hujan lebat dijangka akan melanda seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Bagi negeri Kelantan, daerah yang terlibat seperti Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Terengganu pula di kawasan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Di negeri Pahang pula melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Sementara di Johor daerah yang terlibat ialah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum kenyataan tersebut.

Sementara itu, beralih ke negeri Sarawak, Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Telang Usan) juga dijangka mengalami nasib yang sama.

Tambahan lagi, Sabah turut tidak terlepas iaitu melibatkan beberapa daerah seperti Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran).

Penduduk di negeri-negeri yang terlibat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan tidak berada di kawasan yang berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA JUGA: Kucing Menderita Perut Besar Berisi Nanah, Dipercayai Jadi Mangsa Tembak Senapang Angin

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.