Saintis Gusar, Asteroid Phaethon Bergerak Makin Laju Menuju Bumi
Para saintis di seluruh dunia kini gusar terhadap pergerakan putaran asteroid 3200 Phaethon yang semakin laju, lapor Hindustan Times.
Asteroid Phaethon dikatakan berputar lebih pantas dan bakal menghampiri bumi menjelang 2028, dakwa penyelidik.
Perubahan kelajuan putaran asteroid tersebut membolehkan pasukan penyelidik meramalkan orientasi asteroid itu secara lebih tepat ketika berada di angkasa bagi melakukan pemerhatian yang lebih spesifik.
Tambahan pula, Phaethon merupakan asteroid yang ke-11 menunjukkan perubahan dalam tempoh putarannya.
Seperti yang mana sedia maklum, asteroid Phaethon merupakan batu angkasa terbesar dengan diameter purata 5.4 km.
Sehubungan itu, Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun bercadang untuk melancarkan kapal angkasa Destiny+ ke ruang angkasa lepas untuk mengkaji secara intensif objek yang boleh mendatangkan bahaya pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Marshall, saintis di Balai Cerap Arecibo, Puerto Rico telah menggunakan data pemerhatian dari 1989 hingga 2021 untuk mencipta model asteroid tersebut sebagai persediaan untuk misi Destiny+ itu.
Marshall berkata “ramalan daripada model data tidak sepadan dan tidak selari dengan pemerhatian yang nyata.”
“Saya sedar, keadaan ini berlaku disebabkan oleh perubahan kelajuan putaran Phaethon pada beberapa waktu pemerhatian sebelum tahun 2021,” katanya lagi.
Jelasnya, objek angkasa berkenaan pernah berhampiran dengan perihelion (titik dalam orbitnya) yang sangat hampir dengan matahari pada Disember 2020.
Dengan penemuan asteroid tersebut, Marshall menjelaskan bahawa menggunakan data pecutan malar merupakan model yang paling sesuai untuk mengkaji asteroid Phaethon.
Sumber: Hindustan Times