Viral Detik Cemas Enjin Pesawat Penumpang Lion Air Indonesia Terbakar, Terpaksa Mendarat Cemas
Enjin sebuah pesawat penumpang Lion Air Boeing 737-8GP dilaporkan telah mengalami kebakaran ketika dalam penerbangan menuju ke Palembang dari Jakarta pada Rabu, 26 Oktober 2022.
Ekoran kejadian itu, pesawat berkenaan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Bandara Soekarno-Hatta, lapor portal berita tempatan, Kumparan.
Memetik laporan dari agensi berita itu lagi, pesawat tersebut telah hanya berada di udara sekitar 18 minit dari waktu berlepas pada jam 3.00 petang (waktu tempatan) sebelum melakukan pendaratan kecemasan.
Sebaik sahaja tiba dan mendarat di Bandara Soetta, jentera bomba lapangan terbang segera digerakkan untuk memadam kebakaran tersebut.
Kejadian yang menimpa pesawat itu menjadi tular di selepas beberapa rakaman yang menunjukkan kebakaran enjin di sebelah kiri dikongsikan oleh orang awam di media sosial.
Walau bagaimanapun, punca kejadian enjin pesawat itu terbakar masih belum diketahui dan maklumat mengenai keadaan mangsa juga tidak dinyatakan. Pihak polis yang mengesahkan kejadian berkenaan memaklumkan penumpang pesawat tersebut telah dipindahkan ke pesawat lain dan meneruskan perjalanan.
“Sebaik sahaja penumpang dipindahkan ke dalam pesawat gantian, ia berlepas semula pada jam 7.40 petang (waktu tempatan),” kata polis.
Mesin pesawat Lion Air Boeing 737-8GP terbakar dalam penerbangan tujuan Jakarta-Palembang, Rabu (26/10). Akibatnya pesawat mendarat darurat di Bandara Soekarno-Hatta. #dailyupdate #26okt #vidol https://t.co/j931QHQdjn pic.twitter.com/mmgRZAAmVr
— kumparan (@kumparan) October 26, 2022
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: Kumparan