Siakap Keli
Wanita Berpistol Ceroboh Istana
Gambar via Kompas

Wanita Bawa Pistol Cuba Ceroboh Istana Merdeka, Nak Jumpa Jokowi & Dakwa Indonesia Di Jalan Yang Salah

Wanita Bawa Pistol Cuba Ceroboh Istana Merdeka, Nak Jumpa Jokowi & Dakwa Indonesia Di Jalan Yang Salah

Seorang wanita ditahan selepas cuba menceroboh Istana Merdeka, kediaman rasmi Presiden Indonesia sambil membawa pistol, dipercayai untuk bertemu dengan Joko Widodo, lapor Kompas.com.

Hasil siasatan polis mendapati tujuan wanita berkenaan mahu bertemu dengan Jokowi adalah untuk menyampaikan perkhabaran bahawa Indonesia kini berada di jalan yang salah, kata jurucakap Polis Metro Jaya, Hengki Haryadi.

Dakwa wanita itu lagi, keadaan itu berpunca daripada tindakan pemerintah yang mengguna pakai konsep Pancasila sebagai ideologi negara.

Menurut laporan, dia cuba untuk menceroboh masuk ke Istana Merdeka dengan mengacukan pistol ke arah pengawal yang sedang bertugas sekitar jam 7.00 pagi waktu tempatan pada Selasa lalu, 25 Oktober 2022. 

Suspek pada awalnya dilihat berjalan kaki dari arah Harmoni menuju ke kawasan Medan Merdeka Utara. Sebaik sahaja tiba di pekarangan pintu istana, dia dengan secara tiba-tiba menghampiri anggota pengawal di sana yang sedang berkawal. Wanita itu kemudian bertindak mengeluarkan senjata api jenis FN dan mengacukan ke arah mereka. 

Mengetahui kejadian itu, anggota polis trafik yang sedang mengawal lalu lintas ketika itu bertindak membantu anggota pengawal. Akhirnya, mereka berjaya menangkap wanita itu dan merampas pistol tersebut. 

Difahamkan juga, wanita tersebut telah di bawa ke balai polis untuk melakukan siasatan lanjut.

BACA: “Selalu Dibanding Dengan Adik Beradik, Kecewa Mak Ayah Tak Hargai Result Aku Walau Ada A..”

Sumber: Kompas.com 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.